From Wikipedia, the free encyclopedia
Cecacing ILOVEYOU, juga dikenali sebagai VBS/Loveletter dan cecacing Love Bug, ialah cecacing komputer yang muncul buat pertama kali dalam peti e-mel di Hong Kong pada 4 Mei 2000 dengan tajuk "ILOVEYOU" dan lampiran "LOVE-LETTER-FOR-YOU.TXT.vbs". Ditulis dalam VBSkrip, cecacing ini hanya menjejaskan komputer yang menjalankan sistem pengendalian Microsoft Windows. Ia mengakibatkan kerosakan sebanyak AS$5.5 bilion pada tempoh kemunculannya dan dengan itu, menyebabkannya merupakan cecacing yang paling teruk.
Dua aspek cecacing ini menyebabkannya amat berkesan:
Penyebaran cecacing ILOVEYOU secara besar-besaran bergerak ke dunia Barat apabila pekerja tiba ke pejabat dan menemui pesanan yang dikirimkan oleh orang Timur. Disebabkan cecacing ini menggunakan senarai mel sebagai sumber sasarannya, pesanan itu seringnya kelihatan berasal daripada orang kenalan dan oleh itu dianggap "selamat", suatu dorongan tambahan untuk membukanya.
Apa yang hanya diperlukan ialah sebilangan kecil pengguna di setiap tempat mencapai lampiran VBS supaya ribuan e-mel dapat dijanakan yang dapat menjejaskan sistem e-mel di bawah penguasaannya, di samping menulis ganti ribuan fail pada stesen kerja dan komputer pelayan yang dapat dicapai.
Cecacing ILOVEYOU berasal dari Filipina pada 4 Mei 2000, dan tersebar luas ke seluruh dunia dalam tempoh sehari ketika ia bergerak dari Hong Kong ke Amerika Syarikat melalui Eropah lalu menjangkiti 10% daripada semua komputer yang disambung pada internet. Cecacing ini mengakibatkan kerosakan sebanyak AS$5.5 bilion, dengan kebanyakan "kerosakan" itu merupakan masa yang dibazirkan untuk menghapuskan cecacing serta menerangkan kepada para penerima bahawa penghantar tidak bermaksud untuk berkata: "I LOVE YOU" (AKU MENCINTAIMU).
Bagaimanapun, cecacing ini juga menulis ganti fail yang penting, termasuklah fail muzik, multimedia, dan lain-lain, dengan salinan diri. Ia juga mengirimkan salinan dirinya kepada setiap orang dalam senarai hubungan pengguna. Pentagon, CIA, dan Parlimen British kesemuanya menutup sistem e-mel masing-masing untuk menghapuskan cecacing ini, sebagaimana dengan kebanyakan perbadanan yang besar.
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Users insert virus source code into Wikipedia pages |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.