beta-Karotena
pigmen jingga dalam tumbuhan / From Wikipedia, the free encyclopedia
β-Karotena merupakan sejenis pigmen berwarna merah jingga garang yang banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia merupakan sebatian organik yang digolongkan dalam bidang kimia sebagai hidrokarbon dan khususnya sebagai terpenoid (isoprenoid), mencerminkan terbitnya daripada unit-unit isoprena. β-Karotena dibiosintesiskan daripada geranilgeranil pirofosfat.[5] Ia merupakan anggota rumpun karotena, iaitu tetraterpena yang disintesiskan secara biokimia daripada lapan unit isoprena dan oleh itu mempunyai 40 karbon. Dalam golongan am karotena ini,, β-Karotena menonjol dengan adanya beta-ring di kedua-dua hujung molekulnya. Penyerapan β-karotena dipertingkat jika dimakan dengan lemak kerana karotena boleh melarut dalam lemak.
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
beta,beta-Carotene | |
Nama IUPAC sistematik
1,3,3-Trimethyl-2-[3,7,12,16-tetramethyl-18-(2,6,6-trimethylcyclohex-1-en-1-yl)octadeca-1,3,5,7,9,11,13,15,17-nonaen-1-yl]cyclohex-1-ene | |
Nama lain | |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol |
|
ChEBI | |
ChEMBL | |
ChemSpider |
|
ECHA InfoCard | 100.027.851 |
Nombor EC |
|
Nombor E | E160a (pewarna) |
PubChem CID |
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA) |
|
| |
Sifat | |
C40H56 | |
Jisim molar | 536.89 g·mol−1 |
Rupa bentuk | Hablur jingga tua |
Ketumpatan | 0.941 g/cm3[3] |
Takat lebur | 176–184 °C (349–363 °F; 449–457 K) |
Takat didih | 654.7 °C (1,210.5 °F; 927.9 K) |
Tidak | |
Keterlarutan | Boleh larut dalam CS2, benzena, CHCl3, alkohol Tidak boleh larut dalam gliserin[2] |
Keterlarutan dalam diklorometana | 4.51 g/kg (20 °C)[4] |
Keterlarutan dalam heksana | 0.1 g/L[3] |
log P | 14.764 |
Tekanan wap | 2.71·10-16 mmHg[3] |
Indeks biasan (nD) |
1.565[3] |
Bahaya | |
Pengelasan EU | {{{value}}} |
Frasa R | R20/21/22, R36/37/38, R44 |
Frasa S | S7, S15, S18, S26, S36 |
NFPA 704 (berlian api) | |
Takat kilat | 103 °C (217 °F; 376 K) |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
Y pengesahan (apa yang perlu: Y/N?) | |
Rujukan kotak info | |
Karotena merupakan bahan yang memberikan warna jingga kepada lobak merah, labu merah dan ubi keledek dan juga jenis karotena yang paling umum terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Apabila digunakan sebagai pewarna makanan, ia diberi nombor E E160a.[6]p119 Strukturnya disimpulkan oleh Karrer et al. pada 1930.[7] Sejadinya β-Karotena merupakan pelopor (bentuk tak aktif) kepada vitamin A melalui tindakan beta-Karotena 15,15'-monooksigenase.[5] Pengasingan β-Karotena daripada buah-buahan yang banyak terdapat dalam karotenoid sering dilakukan dengan kaedah kromatografi turus. Ia juga boleh diekstrak daripada alga Dunaliella salina yang kaya dengan zat ini.[8] Pengasingan β-Karotena daripada campuran lain-lain karotenoid adalah berasaskan kekutuban suatu sebatian. β-Karotena adalah sebatian tanpa kutub, maka ia diasingkan dengan pelarut tanpa kutub seperti heksana.[9] Ianya banyak konjugat, berwarna tua, dan merupakan hidrokarbon yang ketiadaan kelompok berfungsi, maka ianya sangat lipofilik.