From Wikipedia, the free encyclopedia
Bentō (弁当 atau べんとう ) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.
Bentō biasanya dibungkus untuk satu orang, walaupun dalam erti yang luas boleh bermaksud makanan bekal untuk sekumpulan atau sekeluarga. Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ketika dibeli, bentō sudah dilengkapi dengan penyepit pakai buang serta penyedap rasa yang disesuaikan dengan lauk, seperti kicap atau sos dalam paket mini.
Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera. Bungkusan bento selalu mempunyai tutup, dan bekas bentō boleh berupa kotak segi empat plastik, kotak roti, atau kotak kayu yang diperbuat daripada tangan yang dilicinkan. Suri rumah di Jepun dianggap perlu pandai menyiapkan bentō, walaupun bentō boleh dibeli di mana-mana saja.
Pada akhir zaman Kamakura, orang Jepun mula mengenali makanan praktikal berupa nasi yang ditanak dan dikeringkan. Makanan ini disebut Hoshi-ii (nasi kering) dan dibawa di dalam beg kecil. Hoshi-ii boleh dimakan begitu saja, atau direbus di dalam air sebelum dimakan. Pada zaman Azuchi Momoyama (1568 - 1600), orang sudah mula suka makan di luar, dan kotak kayu yang dilicinkan digunakan sebagai bekas membawa makanan. Bentō mulai dikenali sebagai makanan praktikal ketika hanami atau upacara minum teh.
Pada zaman Taisho (1912 - 1926), perbezaan kaya-miskin yang ketara selepas Perang Dunia I menimbulkan gerakan sosial untuk menghentikan kebiasaan membawa bentō ke sekolah. Bentō dituduh sebagai penunjuk kekayaan bagi anak orang berada yang mampu membawa nasi ke sekolah.
Pada zaman Edo (1603 - 1867), kebudayaan bentō semakin meluas di kalangan rakyat kebanyakan. Orang yang bermmusafir atau bercuti membawa makanan praktikal yang disebut Koshibentō (bentō di pinggang). Isinya adalah beberapa onigiri yang dibungkus daun buluh, atau nasi di dalam kemasan kotak beranyam dari buluh yang diikatkan di pinggang. Salah satu jenis bentō yang disebut Makunouchi bentō popular di kalangan rakyat yang menonton pertunjukan noh dan kabuki. Bentō dimakan sewaktu pergantian layar panggung (maku) sehingga dinamakan Makunouchi bentō. Pada zaman Edo, cara memasak, membungkus, dan menyiapkan bentō untuk hanami dan hinamatsuri sudah diterbitkan dalam buku resepi masakan.
Penjualan paket nasi yang disebut Ekiben (駅弁 , bentō stesen) dimulakan sejak zaman Meiji. Ekiben adalah untuk dinikmati di atas kereta, dan sering merupakan hidangan khas dari daerah tempat stesen kereta api tersebut berada. Stesen KA Utsunomiya (Wilayah Ibaraki) merupakan salah satu stesen yang mendakwa mereka sebagai penjual ekiben yang pertama. Pada 16 Julai 1885, di Stesen KA Utsunomiya dijual ekiben berupa dua buah onigiri berisi umeboshi dan potongan lobak masin (takuan) dengan pembungkus daun buluh.[1] Bekal bentō yang dibawa murid dan guru juga mula popular pada zaman Meiji. Sebaik sahaja pembelajaran selesai pada petang hari, bento dinikmati memandangkan sekolah-sekolah belum memiliki dapur dan kafetaria yang menyediakan makanan. Selain bentō berisi nasi, penjual bentō juga mulai menyediakan bentō ala Eropah berisi sandwich.
Pada zaman Taisho (1912 - 1926), perbezaan kaya-miskin yang ketara selepas Perang Dunia I menimbulkan gerakan sosial untuk menghentikan kebiasaan membawa bentō ke sekolah. Bentō dituduh sebagai penunjuk kekayaan bagi anak orang berada yang mampu membawa nasi ke sekolah.
Pada awal zaman Showa, kotak dari aluminium untuk membawa bento sangat digemari orang Jepun dan merupakan barangan mewah. Selepas Perang Dunia II, tradisi membawa bentō secara berangsur-angsur hilang selari dengan semakin banyaknya sekolah yang menyediakan juadah makan siang.
Bentō kembali popular pada tahun 1980-an setelah kemasan kotak plastik polisterin pakai buang diperkenalkan, begitu juga ketuhar gelombang mikro, dan semakin meluasnya kedai 24 jam. Sementara itu, bentō buatan rumah kembali digemari, dan tradisi membawa bentō dari rumah hidup kembali. Keahlian menyiapkan bentō untuk anak-anak merupakan kebanggaan tersendiri bagi suri rumahtangga. Lauk seperti sosej dan nori dipotong-potong atau digunting untuk dijadikan hiasan, seperti daun, bunga, binatang, hingga watak anime.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.