From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Korea merupakan satu suku etnik Asia Timur [2]. Kebanyakan mereka tinggal di Semenanjung Korea dan bertutur dalam bahasa Korea.
Kompleks Makam Goguryeo Fail:Statue of Yi Sunsin - Cropped.JPG | |
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Korea Selatan 49,422,644 (anggaran 2005) Korea Utara 22,912,177 (anggaran 2005) keturunan Korea/orang Korea perantauan Sumber: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Korea Selatan
외교통상부 | |
Amerika Syarikat | 2,057,546 |
China | 2,043,578 |
Jepun | 901,284 |
CIS (termasuk Rusia) | 532,697 |
Brazil | 250,000 |
Australia | 150,000 |
Colombia | 120,000 |
Kanada | 110,000 |
Filipina | 92,608 |
United Kingdom | 40,810 |
Argentina | 35,000 |
Brunei | 35,000 |
Jerman | 34,000 |
Vietnam | 33,000 |
New Zealand | 31,500 |
Indonesia | 23,205 |
Malaysia | 20,000 |
Thailand | 19,500 |
Libya | 15,000 |
Mexico | 14,571 |
Perancis | 13,162 |
Sweden | 13,055 |
Singapura | 11,000 |
India | 10,397 |
Emiriah Arab Bersatu | 10,356 |
Denmark | 8,694 |
Norway | 7,744 |
Arab Saudi | 5,189 |
Taiwan | 4,500 |
Oman | 4,100 |
Hong Kong | 3,800 |
Afrika Selatan | 3,300 |
Sepanyol | 3,200 |
Belanda | 3,000 |
Qatar | 3,000 |
Chile | 2,510 |
Mongolia | 2,284 South Koreans (2013)[1] 200 North Koreans (2008)[2] |
Peru | 1,500 |
Switzerland | 1,202 |
Poland | 1,156 South Koreans (2011)[1] 800 North Koreans (2016)[2][3] |
Kuwait | 1,000 |
Fiji | 1,000 |
Venezuela | 1,000 |
Sri Lanka | 948 |
Finland | 896 |
Belgium | 800 |
Jordan | 592 |
Romania | 500 |
Bahrain | 282 |
Uruguay | 130 |
Bahasa | |
penutur bahasa Korea: 80 juta[1] | |
Agama | |
Tidak beragama, Buddha, Kristian, Kepawangan, Chondogyo (pribumi), Konfusianisme, Taoisme, dll. |
Di Korea Selatan, bangsa Korea digelar Hangukin (한국인 (atau cuma Hanin/한인 bagi warga Korea Selatan yang menetap di luar negara); 韓國人 ) atau secara tidak formal Hanguk saram (한국 사람 ; 韓國 사람 ), manakala di Korea Utara bangsa Korea dipanggil Chosŏn-in (조선인 ; 朝鮮人 ) atau Chosŏn saram (조선 사람 ; 朝鮮 사람 ).
Orang Korea dipercayai merupakan keturunan puak-puak berbahasa Altaik[3][4] or proto-Altaic[5], maka dihubungkan dengan orang Mongolia, Tungus, Turkik, dan kaum-kaum Asia Tengah yang lain. Bukti arkeologi menandakan bahawa orang Korea purba merupakan pendatang berbahasa Altai dari Siberia selatan-tengah[6] yang menduduki Korea purba dalam gelombang berturut-turut sejak zaman Neolitik hingga Zaman Gangsa[7].
Perkembangan terkini mengenai kajian polimorfisme dalam kromosom-Y manusia telah menghasilkan bukti yang menunjukkan bahawa orang Korea amat panjang sejarahnya sebagai sekelompok etnik yang tersendiri dan lazimnya endogamik (ertinya, kebanyakannya hanya berkahwin dengan orang sekaum), kerana lelaki Korea menunjukkan kekerapan tinggi kromosom-Y yang tergolong dalam Haplogrop O2b1 yang lebih kurang unik kepada populasi Korea.[perlu rujukan]
Sungguhpun berkacuk dengan kaum Asia Timur yang lain setakat mana sepanjang zaman[perlu rujukan], kebanyakan orang Korea masih menunjukkan fenotaip yang mendedahkan asal-usul Altai mereka. Sifat-sifat ini termasuk badan yang tinggi, hidung berbatang panjang, tulang pipi yang lebih tinggi, dan bintik Mongolia, iaitu kecenderungan genetik yang berhuraikan tanda lahir berwarna kebiruan pada paras bawah badan yang hadir sehingga usia kanak-kanak awal.[perlu rujukan]
Korea Selatan dan Korea Utara berkongsi warisan yang sama, namun pembahagian politik sejak tahun 1944 telah menyebabkan perbezaan dalam budaya moden.
Bahasa orang-orang Korea ialah bahasa Korea yang menggunakan hangul sebagai sistem tulisan utamanya. Terdapat kira-kira 73 juta penutur bahasa Korea di seluruh dunia.[perlu rujukan]
Adalah amat sukar untuk menganggar saiz, kadar pertumbuhan, nisbah seks dan struktur usia populasi North Korea. Sehingga terkeluarnya data rasmi pada tahun 1989, edisi tahun 1963 Buku Tahunan Pusat Korea Utara merupakan penerbitan rasmi terakhir yang mendedahkan perangkaan populasi. Selepas tahun 1963 ahli-ahli demografi menggunakan pelbagai cara untuk menganggarkan populasi, sama ada menjumlahkan bilangan wakil yang dipilih menyertai Perhimpunan Rakyat Agung (setiap wakil mewakili 50,000 orang sebelum tahun 1962 dan 30,000 orang selepasnya) ataupun bergantung kepada kenyataan rasmi bahawa sebilangan tertentu orang, atau peratusan populasi, terlibat dalam kegiatan tertentu. Maka, berasaskan ujaran Presiden Kim Il Sung pada tahun 1977 mengenai kehadiran sekolah, populasi pada tahun itu dikira sebagai 17.2 juta orang. Ketika 1980-an, statistik kesihatan, termasuk jangka hidup dan punca kematian, didedahkan ke seluruh dunia secara beransur-ansur.
Pada tahun 1989 Biro statistik Pusat mengeluarkan data demografik kepada Tabung Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Populasi (UNFPA) agar memperoleh bantuan UNFPA bagi menganjurkan banci kebangsaan yang julung kalinya di Korea Utara sejak penubuhan negara itu pada tahun 1948. Meskipun perangkaan yang diberi ke BAngsa-bangsa Bersatu mungkin diputarbelitkan, adalah kelihatan bahawa selaras dengan cubaan lain untuk membuka pintu ke dunia luar, rejim Korea Utara turut agak banyak membuka pintunya dalam dunia demografik. Meskipun negara itu ketiadaan ahli demografi yang terlatih, data tepat mengenai pendaftaran rumaahtangga, penghijrahan, dan lahir mati ada pada pihak berkuasa Korea Utara. Menurut pengkaji Amerika Syarikat, Nicholas Eberstadt, dan ahli demografi Judith Banister, statistik penting dan maklumat peribadi mengenai penduduk disimpan oleh agensi di peringkat ri (“desa”, unit pentadbiran tempatan) di kawasan luar bandar dan peringkat dong (“daerah” atau “blok”) di kawasan bandar.
Penghijrahan besar-besaran dari Korea bermula seawal pertengahan 1860-an, terutamanya ke Timur Jauh Rusia dan China Timur Laut; penghijrah-penghijrah inilah yang menjadi nenek moyang kepada 2 juta orang etnik Korea di China dan beberapa ratus ribu orang etnik Korea di Asia Tengah. Ketika zaman penjajahan Jepun dari tahun 1910-1945, orang Korea sering dimasukkan atau dipaksa menyertai perkhidmatan buruh untuk bekerja di tanah besar Jepun, wilayah Karafuto, dan Manchukuo; antaranya yang memilih untuk menetap di Jepun selepas perang dikenali sebagai orang Korea Zainichi, manakala kira-kira 40 juta yang terkandas di Karafuto selepas pencerobohan Soviet lazimnya bergelar orang Korea Sakhalin. Penghijrahan orang Korea ke benua Amerika diketahui bermula seawal tahun 1903, namun komuniti orang Korea Amerika tidak banyak berkembang sehingga kelulusan Akta Pembaharuan Imigrasi 1965; kini, kira-kira 2 juta orang Korea tinggal di Amerika Syarikat.
Koreatown besar boleh ditemui di Australia, Brazil dan Kanada. Komuniti bangsa Korea terbesar pernah diketahui di luar Korea terletak di Los Angeles, California. Orang Korea British kini membentuk komuniti bangsa Korea terbesar di Eropah Barat; orang Korea di Jerman pernah melebihi yang di UK sehingga akhir 1990-an. Terdapat juga Koreatown di negara-negara Amerika Latin seperti Argentina, Guatemala, dan Mexico. Dewasa ini, bilangan orang Korea di Filipina dan Vietnam turut banyak berkembang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.