Bahasa Het
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Het (natively: 𒌷𒉌𒅆𒇷, rumi: nešilicode: hit is deprecated [1] / "bahasa Neša", atau nešumnili / "bahasa orang Neša"; Jawi: بهاس هيتcode: ms is deprecated ), juga dikenali sebagai bahasa Nesa (Neša/Nesya, Nessa; Jawi: بهاس نيساcode: ms is deprecated ), ialah suatu bahasa Indo-Eropah yang telah pupus. Ia dituturkan oleh orang Het, penduduk Anatolia Zaman Gangsa yang empayarnya berpusat di Hattusa, serta bahagian Masyrik utara dan Mesopotamia Hulu.[2] Bahasa itu yang kini sudah lama pupus, ditulis dengan tulisan pepaku dan digunakan dalam catatan-catatan dari abad ke-17[3] (teks Anitta) hingga abad ke-13 SM. Ia mempunyai beberapa kata pinjaman bahasa Het dan banyak nama individu daripada bahasa Assyria Kuno palin awal dari abad ke-20 SM, menjadikannya bukti bertulis tertua bahasa Indo-Eropah.
Het | |
---|---|
𒌷𒉌𒅆𒇷code: hit is deprecated nešili | |
Kawasan | Anatolia |
Era | dibuktikan wujud abad ke-17 – ke-12 SM |
Tulisan pepaku Het | |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | hit |
ISO 639-3 | Pelbagai:hit – Hittiteoht – Bahasa Het Kunohtx – Bahasa Het Pertengahannei – Bahasa Het Baru |
Linguist List | hit Het |
oht Het Kuno | |
htx Het Pertengahan | |
Glottolog | hitt1242 |
Menjelang Zaman Gangsa Lewat, bahasa Het mula digantikan dengan bahasa saudara terdekatnya, bahasa Luwi. Pada abad ke-13 SM, bahasa Luwi adalah bahasa yang paling banyak digunakan di ibu kota Empayar Het, Hattusa.[4] Selepas kejatuhan Kerajaan Baru Het semasa keruntuhan Zaman Gangsa Lewat, bahasa Luwi menjadi bahasa utama di negeri-negeri Syam-Het, di barat daya Anatolia dan utara Syria, pada permulaan Zaman Besi.