Bahasa Ainu Hokkaido
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Ainu (アイヌ・イタㇰcode: ain is deprecated Aynu-itak) atau lebih tepat lagi bahasa Ainu Hokkaido, ialah bahasa yang dituturkan oleh segelintir orang tua orang Ainu di pulau utara Jepun, Hokkaido. Ia merupakan ahli keluarga bahasa Ainu, sendiri dianggap sebagai keluarga bahasa pencilan tanpa konsensus akademik tentang asal-usulnya.
Bahasa Ainu Hokkaido | |
---|---|
アイヌ・イタㇰcode: ain is deprecated Aynu-itak | |
Papantanda nekabahasa dalam bahasa Jepun, bahasa Ainu, bahasa Inggeris, bahasa Korea, dan bahasa Mandarin. Teks bahasa Ainu, dalam aksara Katakana, adalah yang kedua menurun dari atas belah kanan papantanda tersebut. Bacaannya イヤイライケㇾcode: ain is deprecated (iyairaiker), yang bermaksud "terima kasih". | |
Sebutan | [ˈainu iˈtak] |
Asli kepada | Jepun |
Kawasan | Hokkaido |
Etnik | 25,000 (1986) hingga sekitar 200,000 (no date) orang Ainu[1] |
Penutur bahasa | 2 (2012)[2] |
Ainu
| |
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | ain |
ISO 639-3 | ain |
Glottolog | ainu1240 |
ELP | Ainu (Japan) |
![]() | |
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA. |
Sehingga abad ke-20, bahasa-bahasa Ainu – bahasa Hokkaido Ainu yang masih hidup dan bahasa Ainu Kuril dan Ainu Sakhalin yang kini sudah pupus – telah dituturkan di seluruh bahagian selatan pulau Sakhalin dan oleh sebilangan kecil orang di Kepulauan Kuril.
Disebabkan dasar penjajahan yang digunakan oleh kerajaan Jepun, bilangan penutur bahasa Ainu berkurangan sepanjang abad ke-20, dan sangat sedikit orang yang boleh bertutur bahasa tersebut dengan fasih. Hanya ragam Hokkaido yang masih hidup,[3] penutur terakhir bahasa Ainu Sakhalin telah meninggal dunia pada tahun 1994. Bahasa Ainu Hokkaido ialah bahasa nazak, namun terdapat cubaan sedang dibuat untuk membugarkannya.
Menurut Elmer (2019), bahasa-bahasa Ainu ialah bahasa pertembungan, iaitu mempunyai pengaruh kuat daripada pelbagai loghat/bahasa Jepun pada peringkat yang berbeza, yang mencadangkan hubungan awal dan intensif antara bahasa-bahasa tersebut di suatu tempat dalam rantau Tohoku, dengan Ainu meminjam sejumlah besar perbendaharaan kata dan ciri tipologi dari bahasa-bahasa Jepun awal.[4]