Baguette
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Baguette (Sebutan bahasa Perancis: [baˈɡɛt]) atau roti Perancis adalah roti yang khusus didapati di Perancis berbentuk panjang lonjong bersaiz besar dengan sangat rangup. Diameter baguette yang piawai diukur kira-kira 5 atau 6 sentimeter, tetapi panjangnya dapat mencapai sehingga sepanjang 1 meter. Roti ini ditimbang berat purata sebanyak 250 gram.
Dokumentasi mengenai seni dan budaya pembuatan roti ini dimasukkan dalam senarai warisan budaya kebangsaan tidak ketara Kementerian Budaya Perancis pada November 2018.[1] Perancis memohon lanjut status warisan budaya dari UNESCO pada Mei 2021.[2]
Perkataan "baguette" tidak digunakan untuk mengungkapkan sejenis roti sehingga tahun 1920,[3] tetapi apa yang kini dikenali sebagai baguette mungkin telah wujud sebelum itu. Perkataan itu bermakna "tongkat" atau "baton", seperti dalam ungkapan baguette magique (tongkat sihir), baguettes chinoises (penyepit), atau baguette de direction (baton konduktor); ia serapan kata Itali: bacchetta .[4]
Walaupun baguette hari ini sering dianggap sebagai salah satu simbol budaya Perancis dilihat dari luar negara, perkaitan Perancis dengan roti panjang wujud sebelum it lagi. Roti panjang lebar telah dibuat sejak zaman Louis XIV, manakala roti panjang yang menirus pula dihasilkan sejak pertengahan abad kelapan belas dan pada abad kesembilan belas ada yang jauh lebih panjang daripada baguette: "... roti enam kaki panjang yang kelihatan seperti tuil besi!" (1862);[5] "Pembantu rumah akan bergegas ke rumah dengan pembelian mereka untuk pelbagai sarapan Gaul, dan roti panjang, seela atau dua panjangnya, yang dibawa di bawah tangan mereka, meninggalkan kesan yang aneh kepada saya." (1898)[6]
"Baguette de tradition française", iaitu baguette mengikut resipi asal, secara asasnya diperbuat daripada tepung gandum, air, yis dan garam. Bahan keringnya barangkali mengandungi sehingga 2% tepung kacang parang, 0.5% tepung soya dan 0.3% tepung malt gandum.[7] Negara-negara lain turut menghasilkan roti jenis sebegini dengan bahan tersendiri yang mudah didapati - roti bánh mì dari Vietnam menggunakan tepung beras yang agak banyak manakala roti yang dihasilkan di Amerika Utara pula lebih menggunakan doh daripada gandum penuh, bijian penuh dan doh masam (sourdough).
Roti ini biasanya digunakan untuk membuat sandwic atau dihidangkan dalam potongan bersama pâté atau keju. Ia dimakan dalam hidangan sarapan Perancis sama ada disapu dengan mentega atau jem mahupun dicicah dalam kopi atau coklat panas. Di Amerika Syarikat pula, ia kadangkala digunakan sebagai kerak asas dalam pembuatan piza apabila roti ini dipotong dua.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.