BRP Gregorio del Pilar (PS-15)
From Wikipedia, the free encyclopedia
BRP Gregorio del Pilar (PS-15) merupakan kapal sulung dari kelasnya yang kini berkhidmat dalam Tentera Laut Filipina (PN). Ia merupakan kapal kedua yang dinamakan bersempena dengan nama Gregorio del Pilar, seorang jeneral revolusi Filipina yang dikenali kerana peranan beliau dalam Pertempuran Genting Tirad. Ia asalnya didesignasikan sebagai "PF-15" bermula pada tahun 2012 hingga pertengahan 2016. Apabila, pihak PN menerimapakai sistem designasi kod baharu dan ia didesignasi semula sebagai "FF-15". Pada bulan Februari 2019, PN telah menurunkan status keseluruhan kelas daripada frigat kepada kapal peronda luar pantai dan memberi designasi semula sebagai "PS-15".[10]
Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat BRP Gregorio del Pilar.
BRP Gregorio del Pilar (PS-15) | |
Sejarah | |
---|---|
Amerika Syarikat | |
Nama: | USCGC Hamilton |
Pembina: | Avondale Shipyard |
Dilancarkan: | 18 Disember, 1965 |
Ditauliah: | 18 Mac, 1967 |
Dibersarakan: | 28 Mac, 2011 |
Pengenalan: | WHEC-715 |
Takdir: | Dipindahkan ke Tentera Laut Filipina |
Lencana: | |
Filipina | |
Nama: | BRP Gregorio del Pilar |
Bersempena dengan: | Gregorio Hilario del Pilar y Sempio |
Diperolehi: | 13 Mei, 2011 |
Ditauliah: | 14 Disember, 2011 |
Pelayaran sulung: | 18 Julai, 2011 |
Pelabuhan asal: | Zon Pelabuhan Bebas Teluk Subic |
Pengenalan: |
|
Nama gelaran: | BRP Goyo |
Status: | Dalam ujian laut[notes 1] |
Nota: | Kapal laksamana terkini dalam Tentera Laut Filipina |
Lencana: | |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal peronda luar pantai kelas Gregorio del Pilar |
Sesaran: | 3,250 tan |
Panjang: | 378 kk (115.2 m) |
Lunas: | 43 kk (13.1 m) |
Draft: | 15 kk (4.6 m) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 29 kn (53.7 km/j; 33.4 bsj) |
Jarak: | 14000 batu nautika (25928 km) |
Ketahanan: | 45 hari |
Bot & lancang yang dibawa: | 2 × RHIB |
Anak kapal: | 85 anak kapal |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: | |
Persenjataan: |
|
Perisai: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1 × helikopter AW109E Power[9] |
Kemudahan penerbangan: |
|
Bermula pada tahun 1967–2011, kapal ini adalah sebuah kapal cutter ketahanan tinggi kelas-Hamilton dari Pengawal Pantai Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai USCGC Hamilton. Pihak A.S. melucut tauliah kapal cutter pada 28 Mac 2011, dan kemudian dibeli oleh Filipina di bawah Excess Defense Articles dan Akta Bantuan Luar Negara.[11] Ia merupakan salah sebuah daripada tiga buah kapal cutter kelas-Hamilton bekas milik Pengawal Pantai A.S yang berkhidmat dengan Tentera Laut Filipina.