From Wikipedia, the free encyclopedia
OTO Melara 76 mm adalah sebuah meriam laut yang direka dan dibina oleh sebuah syarikat pertahanan Itali, Oto Melara. Ia berdasarkan rekaan Oto Melara 76/62C dan kemudian berevolusi menjadi 76/62 SR dan 76/62 Strales.
OTO Melara 76 mm | |
---|---|
Jenis | Meriam laut |
Tempat asal | Itali |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1964–kini |
Digunakan oleh | Lihat Pengguna |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Oto Melara |
Direka | Kompak: 1963 Super Rapid: 1985 Strales: 2004 |
Pengeluar | Otobreda: 1963–2001 BHEL Haridwar : 1995- kini (secara berlesen) Oto Melara (anak syarikat Finmeccanica): 2001–2015 Leonardo-Finmeccanica: sejak tahun 2016 Leonardo: sejak tahun 2017 |
Dihasilkan | Kompak: 1964 Super Rapid: 1988 Strales: 2008 |
Aneka | Lihat Kelainan |
Spesifikasi | |
Berat | Kosong: 7.5 tonne (17,000 lb) |
Panjang laras | Kaliber 62 : 4,724.4 mm (186.00 in) |
Krew | Kawalan jauh |
Shel | 76×636mmR berat katrij 12.5 kilogram (28 lb) berat kelongsong 6.3 kilogram (14 lb) berat pendorong 2.35 kilogram (5.2 lb) |
Kaliber | 76.2 mm (3.00 in) |
Ketinggian | −15°/+85° halaju: 35°/s (pecutan: 72°/s²) |
Rentas | 360° halaju: 60°/s (pecutan: 72°/s²) |
Kadar tembakan | Kompak: 85 butir/min Super Rapid: 120 butir/min |
Halaju muncung | 915 m/s (3,000 ft/s) |
Jarak tembakan maksimum | HE-PFF 16,000 m SAPOMER 20,000 m |
Sistem suapan | Muatan kelopak: 80 butir peluru telah tersedia bagi pemasangan meriam Kompak |
Sistem ini cukup kompak untuk dipasang pada kapal perang kecil. Kadar tembakan yang tinggi dan kesediaan julat peluru menjadikan ia sebagai sebuah pelantar pertahanan titik anti peluru berpand, anti pesawat, anti permukaan dan sokongan darat yang versatil. Jenis pelurunya termasuk perobek armor, incendiary, kesan pecahan tertumpu; membolehkan ia dipasarkan sebagai sebuah senjata yang mampu memusnahkan peluru berpandu anti kapal yang sedang terbang.[perlu rujukan] Sistem meriam ini bersama dengan sebuah kupola halimunan kini juga ditawarkan.
OTO Melara 76 mm telah dieksport secara meluas dan kini digunakan lebih daripada 60 buah tentera laut. Baru-baru ini ia telah dipilih berbanding dengan meriam laut Perancis 100mm untuk digunakan bagi project bersama Itali/Perancis kelas-Horizon dan frigat FREMM.
Pada 27 September 2006, Iran telah mengumumkan bahawa ia telah memulakan pengeluaran besar-besaran sebuah meriam artileri laut bernama Fajr-27, yang mana merupakan sebuah kejuruteraan berbalik ke atas meriam Oto Melara 76 mm.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.