Saluran televisyen digital Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Astro AEC (awalnya menggunakan nama AEC singkatan dari Asian Entertainment Channel) merupakan sebuah saluran televisyen hiburan umum 24 jam satelit di Malaysia yang dimiliki oleh Astro Malaysia Holdings. Astro AEC dilancarkan siaran pertama tanggal 1 September 1997.
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Malaysia |
Slogan | 共享生活 (16 November 2014 - kini) |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Mandarin |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Induk | Astro Mediacorp |
Saluran kembar | Astro QJ Astro AOD Astro Hua Hee Dai |
Sejarah | |
Dilancarkan | 1 September 1997 (SD) 16 November 2014 (HD) |
Menggantikan | Astro Xiao Tai Yang |
Ditutup | 15 Mac 2021 (SD) 1 April 2022 (HD) 17 Oktober 2024 (SD) (Untuk di platform NJOI) |
Nama dahulu | AEC (1 September 1997 - 28 September 2003) |
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro | Saluran 306 (HD) |
NJOI | Saluran 306 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / On Demand / Sooka |
Setelah Wah Lai Toi Astro AEC melancarkan siaran pertamanya pada 1 September 1997 menggantikan STAR Mandarin Movies. Pada mulanya, Astro AEC menggunakan nama panggilan AEC (singkatan untuk Asian Entertainment Channel) hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro, ia adalah dua saluran bahasa Mandarin milik Astro sendiri. AEC menyiarkan rancangan bahasa Mandarin, Hokkien dan Wah Lai Toi yang lebih memfokuskan kepada rancangan bahasa Kantonis. AEC menawarkan rancangan buatan tempatan serta import dari China, Taiwan, Singapura dan Jepun.
Pada 1 Mac 2000, Astro AEC telah rasmi melancarkan rancangan berita bisnes dan kewangan dikenali sebagai Bloomberg AEC News yang pada asasnya ialah versi bahasa Mandarin bagi Bloomberg Malaysia. Berita itu disiarkan pada pukul 10:45 malam pada hari bekerja.
Pada 29 September 2003, perkataan AEC secara rasminya telah bertukar nama dan logo baharu kepada Astro AEC (singkatan untuk Astro Asian Entertainment Channel) telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 Astro, dilengkapi dengan dua segi empat tepat dan garisan melengkung di tengah. Perkataan "astro" (tanda perkhidmatan televisyen satelit) dalam huruf kecil di atas dan "AEC" dalam huruf besar masih digunakan di bawah dalam gabungan dua segi empat tepat.
Perkongsian Bloomberg TV dan Astro dibubarkan pada 29 September 2003 dan telah rasmi melancarkan rancangan berita dikenali sebagai Astro 华语新闻. Rancangan berita utamanya turut disiarkan serentak di saluran ini setiap hari pada 20:00 dan 22:30 MST.
Pada 13 Oktober 2007, Astro Hua Hee Dai telah rasmi dilancarkan dan saluran bahasa Hokkien dan Taiwan sepenuhnya di Astro AEC telah rasmi dipindah ke Astro Hua Hee Dai dan menjadi saluran bahasa Mandarin sepenuhnya.
Salah satu rancangan hiburan dan siri kanak-kanak terbesar dan terbaik dengan bahasa Mandarin nombor satu di Malaysia. Astro AEC sudah dikonsepkan saluran kanak-kanak paling ramah untuk keluarga untuk menggantikan Astro Xiao Tai Yang yang telah ditamatkan pada 4 September 2023 jam 12:01 tengah malam.
Astro AEC menggunakan nama AEC singkatan dari Asian Entertainment Channel merupakan saluran hiburan menarik di seluruh Asia dengan dipakai bahasa Mandarin sahaja untuk keluarga etnis seluruh di Malaysia.
Pada tanggal 29 September 2003, Astro AEC secara rasminya telah bertukar nama dan logo Baharu telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 dilengkapi dua segi empat tepat dan garis "wave curve" di tengahnya dan digayakan astro AEC warna putih.
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro AEC:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.