Isteri Firaun From Wikipedia, the free encyclopedia
Asiah binti Muzahim (Arab: آسيا بنت مزاحم ), juga dieja Asiyah (Arab: آسية ) atau Asiya (Arab: آسيا ), ialah isteri kepada Firaun dan ibu angkat kepada Nabi Musa dalam Islam. Beliau amat disanjungi dan merupakan antara empat wanita terpuji dalam Islam.[1][2] Beliau dipercayai telah memeluk agama tauhid selepas melihat mukjizat Nabi Musa AS dengan tongkat baginda bertukar menjadi ular. Menurut tradisi Islam, Asiah menyembah Tuhan secara rahsia dan sembahyang secara tersorok-sorok kerana takutkan suaminya si Firaun. Asiah menjadi ibu angkat kepada Musa dan lembutkan hati suaminya supaya jangan membunuhnya. Asiah meninggal setelah diseksa oleh suaminya, yang dapat tahu bahawa isterinya telah memeluk agama tauhid.[3]
Menurut riwayat, Asiah datang daripada keluarga yang kaya dan beliau merupakan wanita yang cantik dan murah hati. Perkahwinannya kepada Firaun dirancangkan oleh keluarganya. Dan tidak seperti suaminya, beliau amat rendah diri dan menerima kepercayaan yang Musa dan Harun AS utuskan. Walaupun beliau amat kaya, Asiah tidak bersifat angkuh seperti Firaun. Beliau sedar bahawa pegangan agama lebih penting dan telah dinaung Allah SWT daripada kalangan orang sezaman dengannya.
Asiah dan dayang-dayangnya sedang berada di sungai Nil. Pada ketika itu, mereka terjumpa sebuah peti yang hanyut dalam sungai tersebut. Asiah pun suruh ia dibawa ke tebing sungai. Dayang-dayangnya ingatkan ia harta, namun mereka terjumpa seorang bayi lelaki, Musa. Asiah terus bertaruh kasih sayang terhadap Musa. Beliau kemudian beritahu kepada Firaun tentangnya. Peristiwa ini termaktub di dalam Al-Quran.
Dan berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
Asiah kemudian menjemput seorang ke istana sebagai ibu susuannya dan mengupah dia atas khidmatnya, tanpa Asiah menyedari itu sebenarnya ibu Musa.[6][7]
Selepas melihat seorang wanita yang menerima agama Musa diseksa Firaun, beliau mengisytiharkan bahawa beliau sendiri pun memeluk agama tauhid, dan Asiah enggan mengakui yang Firaun itu tuhan. Asiah akhirnya dihukum seksa sehingga mati oleh Firaun.[8]
Asiah ialah seseorang yang kukuh kepercayaannya terhadap Allah, walaupun beliau isteri kepada Firaun. Menurut hadis, beliau akan berada di kalangan wanita pertama yang dapat masuk syurga kerana beliau menerima seruan tauhid Musa dan menolak kepercayaan Firaun. Al-Quran ada menyebut Asiah sebagai conth kepada semua orang Islam[7][9][10]
Dan Allah membuat perumpamaan kepada orang-orang yang beriman, iaitu: berkenaan isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku daripada Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim"
Abu Musa Asya'ari meriwayatka bahawa Nabi Allah, Muhammad SAW bersabda, Yehoyaqim
Ramai lelaki mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian tanpa pangkat kenabian atau kerasulan), akan tetapi tidak (ramai) mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian) selain Maryam binti ‘Imran dan Asiah isteri Firaun.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.