Ariwatan
Kumpulan Rock Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ariwatan ialah sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1988 dengan nama SYJ. Penubuhnya ialah Syed Yusuf Jamalulail yang bertindak sebagai pengurus mereka selepas SYJ yang pertama menukar nama mereka kepada Sofea. Namun yang demikian, kumpulan ini cuma sempat menggunakan nama SYJ untuk persembahan pentas sahaja.[1]Mereka menukar gelaran mereka kepada Ariwatan selepas mendapat tawaran merakamkan album pada tahun 1989. Namun mereka hanya sempat merakamkan sebuah album sahaja di bawah kelolaan M. Nasir sebelum berpecah. Pada tahun 1991, Aris Ariwatan meneruskan karier sebagai penyanyi solo dengan membawa nama kumpulan tersebut.
Fakta Segera Ariwatan, Latar belakang ...
Ariwatan | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Berasal dari | ![]() |
Genre | Rock |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Bekas ahli | Aris Ariwatan Wan Nan Ari Amri |
Tutup