![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/72/Coal_anthracite.jpg/640px-Coal_anthracite.jpg&w=640&q=50)
Arang batu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arang batu atau batu arang ialah sejenis batu enapan hitam mudah terbakar terdiri utamanya dari karbon sebati sikit dengan unsur-unsur lain seperti hidrogen (dalam bentuk hidrokarbon), sulfur, oksigen dan nitrogen.[1][2] Ia terbentuk dalam ekosistem melalui pengawetan dan pemampatan tumbuhan oleh air dan lumpur secara pengoksidaan atau penguraian semula jadi dengan tekanan dan suhu yang tinggi selama jutaan tahun.[3][2]
Batu mendakan | |
![]() Arang batu jenis Anthracite | |
Komposisi | |
---|---|
Utama | Karbon |
Kedua | hidrogen, sulfur, oksigen, nitrogen |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/20/Coal_bituminous.jpg/320px-Coal_bituminous.jpg)
Sifat mudah terbakarnya menjadikan ia sangat digunakan meluas sebagai bahan bakar terutamanya sebagai bahan menjanakan jentera-jentera berasaskan tenaga wap yang dikembangkan semasa Revolusi Perindustrian; bahkan arang batu masih menjadi sumber utama bagi penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia hari ini sebanyak 20 peratus (setakat 2016).[4] Walau bagaimanapun, pembakaran ia banyak mendatangkan risiko kepada persekitaran manusia: dari segi kesihatannya, ia boleh mencemarkan udara dihirup menjejaskan pernafasan dan aliran darah yang boleh menyebabkan kadar kematian cepat.[5] Pembakaran arang batu turut membebaskan karbon dioksida mendorong perubahan iklim paling banyak antara punca dari manusia sebanyak 14.4 gigatan metrik (Gt) tahun 2018,[6] yakni 40% lepasan bahan api fosil[7] dan lebih 25% daripada keseluruhan gas rumah hijau yang dilepaskan sedunia.