Anugerah Skrin 2008
From Wikipedia, the free encyclopedia
Edisi kesepuluh Anugerah Skrin diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada malam 7 November 2008, dan disiarkan secara langsung di TV3, mengiktiraf hasil karya filem dan televisyen terbaik sepanjang tempoh 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008. Sejumlah 22 anugerah dikurniakan kepada karya-karya dan tenaga kerja filem wayang gambar, telefilem, drama bersiri dan komedi buatan Malaysia yang diiktiraf, termasuk dua anugerah khas. Malam upacara yang menampilkan tema serba "permata dan berlian" diacarakan oleh gandingan Nurul Syuhada Nurul Ain dan Adlin Aman Ramli, dengan bantuan Faizal Ismail sebagai suara latar pengumuman. Siaran Anugerah Skrin dibantu oleh penajaan Procter & Gamble melalui jenama syampu Pantene.[1]
Anugerah Skrin 2008 | |
---|---|
Tarikh | 7 November 2008 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengacara | |
Penyampai pra-acara |
|
Penerbit | Saifulizzam Mohd Lizah |
Pengarah | Saifulizzam Mohd Lizah |
Penganjur | TV3 |
Gambaran keseluruhan | |
Filem Terbaik | Kala Malam Bulan Mengambang |
Siri Komedi Terbaik | Mr. Mama |
Siri Drama Terbaik | Bicara Aur dengan Tebing |
Film Televisi Terbaik | Suara Saleha |
Penghargaan terbanyak | [[]] () |
Pencalonan terbanyak | [[]] () |
Liputan televisyen | |
Saluran | TV3 |
Di samping rancangan-rancangan yang disiarkan oleh TV3, Anugerah Skrin turut menerima pencalonan dari hasil kerja TV yang disiarkan oleh stesen-stesen TV Media Prima yang lain (ntv7, 8TV, TV9), Radio Televisyen Malaysia (RTM1 dan RTM2), dan Astro (Ria, Prima, Awani, Oasis dan Ceria).