From Wikipedia, the free encyclopedia
Mr. Mama ialah sebuah siri drama televisyen komedi keluarga Malaysia 2008 dibintangi oleh Rashidi Ishak (digantikan oleh Arash Mohamad mulai musim kedua) dan Jasmine Ashraff. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 29 April 2008 hingga 26 Januari 2011.[1]
Mr. Mama | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Shahrulezad Mohameddin |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 39 |
Penerbitan | |
Penerbit | Fazli Hj. Baharom Shahrulezad Mohamedin |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 22 minit |
Syarikat penerbitan | Radius One |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 29 April 2008 – 26 Januari 2011 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2][3][4]
Musim Pertama
Mengisahkan kehidupan Fikri dan Suria yang sibuk mengendalikan projek besar syarikat masing-masing. Fikri yang merupakan seorang peguam, baru mendapat satu kes besar di syarikat guamannya dan jika berjaya, dia dijanjikan oleh ketuanya, Tuan Bakri untuk mendapat sebahagian daripada saham syarikat. Suria yang bekerja sebagai arkitek pula sedang sibuk menyiapkan rekaan untuk binaan sebuah hotel lima bintang. Pelbagai masalah melanda yang kemudiannya membuatkan Fikri sanggup melepaskan kerjayanya demi memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak.Namun malangnya Fikri meninggal dunia dalam kemalangan motorsikal yang membuatkan Suria kehilangan orang tersayang dan terpaksa membesarkan Aliya,Alif,Afif tanpa Fikri ,sementara itu Badrul (dipertengahan episod) kekasih lama Suria yang kehilangan kerja terjumpa di tempat kerja Suria untuk meminta kerja, akhirnya Badrul menggantikan posisi arwah Fikri yang juga kawan sepengajian.
Musim Kedua
Suria bersama Aliya,Alif dan Afif berpindah ke kediaman baru untuk melupakan kenangan rumah lama dan Badrul kembali menjadi penganggur, tetapi oleh sebabkan satu perkara tidak diingini tiga beradik membuatkan Badrul kembali menggalas sebagai Mr Mama untuk kali 2 dan bermula ragam mereka berlima hadapi jiran Melah serta banyak lagi.Badrul & Suria mula menyukai meskipun agak berat ingin bersama tetapi akhirnya Suria menerima lamaran Badrul dan berkahwin kali 2.
Musim Ketiga (akhir)
Di musim akhir, Suria,Badrul,Aliya,Alif dan Afif sekali lagi berpindah ke rumah baru,dalam pada itu Badrul dan Suria menerima kehadiran ibu Badrul yang cerwet.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2008 | Anugerah Skrin 2008 | Drama Komedi Terbaik | Menang | [6] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.