Anugerah Akademi ke-82
From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Anugerah Akademi ke-82 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2009 dan berlangsung pada Mac 7, 2010 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Bill Mechanic dan Adam Shankman. Alec Baldwin dan Steve Martin mengacarakan majlis ini. Martin mengacara buat kali ketiga; beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-73 pada tahun 2001 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-75 pada tahun 2003.
Anugerah Akademi ke-82 | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Tarikh | Mac 7, 2010 | |||
Tempat | Teater Kodak Hollywood, Los Angeles, California, A.S. | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pramajlis | Jess Cagle Kathy Ireland Sherri Shepherd[1] | |||
Pengacara | Alec Baldwin Steve Martin[2] | |||
Penerbit | Bill Mechanic Adam Shankman[3] | |||
Pengarah | Hamish Hamilton[4] | |||
Tempoh | 3 hours, 37 minutes[5] | |||
Filem Terbaik | The Hurt Locker | |||
Anugerah terbanyak | The Hurt Locker (6) | |||
Pencalonan terbanyak | Avatar dan The Hurt Locker (9) | |||
|
Pada Jun 24, 2009, presiden Akademi Sid Ganis mengumumkan bahawa dalam usaha untuk menarik semula minat terhadap anugerah ini, majlis 2010 akan menampilkan sepuluh calon Filem Terbaik berbanding lima.[6] Pada Februari 20, 2010, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Elizabeth Banks.[7]
The Hurt Locker memenangi enam anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Kathryn Bigelow, wanita pertama untuk memenangi Pengarah Terbaik.[8][9] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Avatar dengan tiga anugerah, Crazy Heart, Precious: Based on the Novel "Push" by Sapphire dan Up dengan dua anugerah dan The Cove, Inglourious Basterds, The Blind Side, Logorama, Music by Prudence, The New Tenants, The Secret in Their Eyes, Star Trek dan The Young Victoria dengan satu anugerah.