Anugerah Akademi ke-73
From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Anugerah Akademi ke-73 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2000 dan berlangsung pada Mac 25, 2001 di Auditorium Shrine, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 23 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[6] Steve Martin mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[7] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Mac 3, Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Renée Zellweger.[8]
Anugerah Akademi ke-73 | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Tarikh | Mac 25, 2001 | |||
Tempat | Auditorium Shrine Los Angeles, California | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pramajlis | Chris Connelly Julie Moran Jim Moret[1] | |||
Pengacara | Steve Martin[2] | |||
Penerbit | Gil Cates[3] | |||
Pengarah | Louis J. Horvitz[4] | |||
Tempoh | 3 jam, 23 minit[5] | |||
Filem Terbaik | Gladiator | |||
Anugerah terbanyak | Gladiator (5) | |||
Pencalonan terbanyak | Gladiator (12) | |||
|
Gladiator memenangi lima anugerah termasuk Filem Terbaik.[9] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Traffic dengan empat anugerah dan Almost Famous, Big Mama, Erin Brockovich, Father and Daughter, How the Grinch Stole Christmas, Into the Arms of Strangers: Stories of the Kindertransport, Pollock, Quiero ser (I want to be ...), U-571 dan Wonder Boys dengan satu anugerah.