baka anjing dari Scotland From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing pengutip keemasan[a] ialah satu baka anjing pengutip bersaiz sederhana Scotland. Ia bercirikan sifat lemah lembut dan penyayang dan lapis bulu keemasan ketara. Ia merupakan anjing pekerja dan pendaftaran tertakluk kepada kejayaan penyelesaian ujian kerja.[2] Ia pada umumnya dibela sebagai anjing peliharaan dan merupakan antara baka paling kerap didaftarkan di beberapa buah negara Barat; sesetengah mungkin bertanding dalam pertunjukan anjing atau ujian kepatuhan, atau bekerja sebagai anjing pandu.
Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pengutip keemasan ini dibiakbakakan oleh Sir Dudley Marjoribanks di estet beliau di Scotland, Guisachan, pada lewat abad kesembilan anjing. Beliau menyilangkan anjing pengutip berbulu rata dengan spaniel air Tweed, dengan penerapan lanjut seter merah, anjing pengutip Labrador, dan anjing pemburu darah. Ia diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 1913 semasa tempoh antara perang tersebar ke banyak bahagian dunia.
Anjing pengutip keemasan dikembangkan di Scotland pada abad kesembilan belas oleh Sir Dudley Marjoribanks (kemudian menjadi Baron Tweedmouth) daripada anjing pengutip berbulu rata yang disilangkan dengan bijaksana dengan spaniel air Tweed dan sesetengah baka anjing British lain.[3][4] Sebelum penerbitan buku pembaka sangat terperinci tahun 1952 yang telah diselenggara dengan teliti oleh Marjoribanks, sebilangan kisah romantis diterbitkan tentang asal usul baka ini.[3][4][5]
Pada tahun 1860-an, Marjoribanks berusaha untuk mewujudkan yang ada dalam fikirannya merupakan baka anjing pengutip muktamad di estet beliau di Scotland, Guisachan.[3][6] Beliau bermula dengan memperoleh seekor anjing pengutip berbulu rata jantan berwarna kuning yang dipanggil Nous;[note 1] Nous lahir pada Jun 1864 dan merupakan satu-satunya anak anjing kuning dalam perinduk yang selebihnya berwarna hitam sepenuhnya.[3][5] Walaupun jarang, kadang-kadang anak anjing pengutip berbulu rata baka tulen berwarna hati, perang, keemasan, atau kuning dilahirkan ikutan pengawanan dua ekor induk hitam.[4][7] Pedigri Nous-lah yang merupakan sumber untuk kisah romantis bagi warisan anjing pengutip keemasan.[3] Satu keterangan awal mendakwa bahawa Nous dibeli daripada seorang jurulatih sarkas Rusia di Brighton, satu lagi mendakwa bahawa ia dibeli daripada seorang tukang kasut, dan satu lagi mendakwa penglibatan seorang gipsi.[3] Buku pembaka menyatakan bahawa Nous ialah seekor anjing pengutip berbulu rata yang dibiakbakakan oleh Lord Chichester di estet beliau di Stanmer Park dekat dengan Brighton.[6][7][8]
Pada tahun 1868, Nous dikawankan dengan seekor spaniel air Tweed betina bernama Belle, yang direkodkan dalam buku pembaka sebagai anjing yang dilahirkan pada tahun 1863 sebagai anjing daripada "pembiakbakaan Ladykirk".[3][7] Perinduk daripada pengawanan ini terdiri daripada empat ekor anak anjing kuning, iaitu Primrose, Ada, Cowslip, dan Crocus.[8][9] Anjing betina terbaik daripada perinduk ini, Cowslip, dikawankan dengan seekor spaniel air Tweed yang dipanggil Tweed dengan pengawanan yang menghasilkan seekor anak anjing betina yang dipanggil Topsy.[6] Cowslip kemudiannya dikawankan dengan seekor seter merah yang dipanggil Sampson; pengawanan itu menghasilkan anak anjing jantan yang dipanggil Jack.[6] Topsy dikawankan dengan seekor anjing pengutip berbulu rata hitam yang dipanggil Sambo dan seekor anak anjing betina daripada perinduk itu, Zoe, dikawankan kembali dengan Jack dan dua ekor anak anjing daripada pengawanan itu dikekalkan, seekor anjing jantan bernama Nous II dan seekor anjing betina yang dipanggil Gill.[6] Gill dikawankan dengan seekor anjing pengutip Labrador hitam yang dipanggil Tracer dan seekor anak anjing betina daripada pengawanan itu, Queenie, dikawankan kembali dengan Nous II; semua anjing pengutip keemasan diturunkan daripada pengawanan ini.[6] Progeni daripada pelbagai pengawanan ini berbeza-beza dari segi warna daripada hitam legam kepada krim cerah, tetapi anjing berwarna keemasanlah yang dikekalkan dan dikawankan dengan satu sama lain, lalu membentuk ternakan asasi bagi baka anjing pengutip keemasan.[3] Marjoribanks juga diketahui telah menggunakan seekor anjing pemburu darah berwarna pasir dan seekor lagi labrador pada tahun-tahun kemudian dalam program pembiakbakaan.[5][6]
Pada tahun 1952, cucu saudara kepada Marjoribanks, Giles Fox-Strangways, Earl Ilchester ke-6, berpasukan dengan Elma Stonex dan bersama-sama mereka mengkaji buku pembaka Marjoribanks.[7] Pada tahun 1960, penyelidikan mereka diterbitkan, dengan mengemukakan semua bukti yang diperlukan untuk menentang semua kisah tentang keleluhuran Rusia.[7] Buku pembaka ini, yang merangkumi tempoh dari tahun 1868 hingga tahun 1890, dipulihara di perpustakaan The Kennel Club di London.[6]
Pada zaman awal, anjing pengutip keemasan dipanggil Flat-coated Retriever, Golden ("anjing pengutip berbulu rata, keemasan").[note 2] Pada mulanya, anjing pengutip keemasan dianggap sebagai keragaman warna bagi baka anjing pengutip berbulu rata.[3] Pada tahun 1903, The Kennel Club merekodkan contoh pertama dan menyenaraikannya dalam daftar sama dengan anjing pengutip berbulu rata.[3] Pada tahun 1904, seekor anjing pengutip keemasan memenangi ujian padang dan, pada tahun 1908, contoh pertama dipamerkan dalam pertunjukan pengakuran.[8] Pada tahun 1911, sebuah kelab baka dibentuk untuk baka ini di England, iaitu Golden Retriever Club, dan ia diberi nama baharu, iaitu Yellow or Golden Retriever ("anjing pengutip kuning atau keemasan"); dari saat ini, ia semakin terlihat sebagai baka terpisah daripada anjing pengutip berbulu rata.[3] Hanya mulai tahun 1913, The Kennel Club mula merekodkannya dalam daftar baka terpisah daripada anjing pengutip berbulu rata dan, pada tahun 1920, "Yellow or" ("[...] kuning atau [...]") digugurkan daripada nama baka dan ia secara rasmi dipanggil Golden Retriever ("anjing pengutip keemasan").[3][7]
Seorang penggemar baka ini dari awal abad kedua puluh, Winifred Charlesworth, memainkan peranan penting dalam pengasasan kelab baka serta pengiktirafan terpisahnya daripada The Kennel Club.[7] Beliaulah yang merangka piawaian baka pertama, yang diterima pakai oleh The Kennel Club dan dengan hanya pindaan kecil dan sebahagian besarnya kekal tidak berubah.[7] Beliau membiakbakakan dan mempamerkan anjing pengutip keemasan Juara Pertunjukan pertama dan merupakan penyokong kuat untuk pengekakan naluri kerja baka ini. Beliau dikreditkan denan pempopularannya dalam ujian padang dan pengenalannya kepada ahli sukan tembak.[note 3][7]
Pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama, kepopularannya meningkat dengan ketara dan, pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an, ia tersebar ke kebanyakan bahagian dunia Barat.[7] Canadian Kennel Club mengiktiraf baka ini pada tahun 1927, American Kennel Club pada tahun 1932; contoh pertama didaftarkan di Perancis pada tahun 1934 dan di Australia pada tahun 1937.[3] Kepopularan sedunia baka ini di bermakna bahawa ia tidak mengalami nasib malang yang dialami oleh banyak baka anjing British semasa Perang Dunia Kedua kerana sekatan zaman perang British terhadap pembiakbakaan anjing lebih besar dengan ternakan pembiakbakaan berkualiti mencukupi yang tersedia di seluruh dunia untuk memastikan tiada ciri-cirinya yang hilang.[7]
Sejak tahun 1940-an, kepopularannya terus meningkat dan ia telah menjadi salah satu baka anjing paling mudah cam dan paling kerap didaftarkan di dunia Barat.[3]
Anjing pengutip keemasan ialah baka anjing bersaiz sederhana dengan binaan berkuasa; menurut piawaian baka The Kennel Club, jantan berdiri setinggi 56–61 sentimeter (22–24 in) dan betina setinggi 51–56 sentimeter (20–22 in).[7][10] Contoh dewasa sihat biasanya berukuran seberat 25–34 kilogram (55–75 lb).[11]
Anjing pengutip keemasan mempunyai kepala lebar dengan stop cukup jelas, dengan mata gelap cukup renggang, muncung lebar dan berkuasa, hidung hitam besar, flews berpigmen gelap dan sedikit terkulai, dan telinga bersaiz sederhana yang terletak tinggi-tinggi dan tergantung dengan sedikit lipatan.[11][12] Lehernya berotot dan agak panjang dengan kulit longgar, bahunya cukup santai dan berbelikat panjang, dan tubuhnya dalam melalui dada dengan rusuk cukup melengkung.[7][11][12] Belakangnya biasanya separas dari kelasa ke krup dan ekor panjang dan lurus biasanya terangkat secara merata, kira-kira segaris dengan belakang.[7][11][12] Tungkai hadapannya lurus dengan tulang bagus, tungkai belakangnya berkuasa dengan stifel cukup bengkok dan paha berotot, dan kakinya mirip kucing.[7][11][12]
Lapis bulu ganda ialah ciri mudah cam dan mencolok:[9] lapis bulu luarnya panjang, rata, atau beralun dan mempunyai jumbai bagus pada tungkai hadapan, manakala lapis bulu bawahnya padat dan menyediakan ketahanan terhadap cuaca.[11][12] Lapis bulunya dapat memilik sebarang cahaya warna krim, kuning, atau emas; lapis bulunya biasanya menjadi lebih pudat seiring dengan usia.[11][12] Piawaian baka The Kennel Club melarang lapis bulu berwarna merah atau mahogani, tetapi sedikit helaian bulu putih pada dada diizinkan.[10] Pada asalnya hanya contoh berwarna kuning atau keemasan diizinkan, ini mengecualikan banyak anjing cemerlang berwarna krim; untuk mengatasi ini, pada tahun 1936, piawaian The Kennel Club dipinda untuk menyertakan warna krim.[7] Warna krim, yang pada zaman lebih moden dapat menjadi hampir putih, telah menjadi warna dominan dan amat digemari oleh pempamer pertunjukan pengakuran.[13] Anjing pengutip keemasan yang dibiakbakakan untuk pertunjukan pengakuran cenderung untuk mempunyai lapis bulu lebih panjang dan lebih halus daripada yang dibiakbakakan untuk kerja sebagai gundog.[13]
Piawaian baka The Kennel Club diterima oleh setiap kelab kenel di dunia kecuali kelab kenel di Kanada dan di Amerika Syarikat.[7] Piawaian baka di Amerika Utara mensyaratkan anjing lebih tinggi sedikit[note 4] dan warna krim tidak diizinkan.[7]
Anjing pengutip keemasan dianggap sebagai baka anjing cerdas, bersifat lemah lembut, dan sangat penyayang.[4][9] Seperti yang tipikal dengan baka anjing pengutip, baka ini pada umumnya tenang dan mudah patuh, kerana sangat mudah dilatih dan amat berminat untuk menggembirakan tuannya.[7][9] Baka ini terkenal sebagai anjing peliharaan dan anjing keluarga cemerlang kerana pada umumnya sangat bertolak ansur terhadap kanak-kanak dan berminat untuk menemani mana-mana anggota keluarga dalam pelbagai aktiviti.[5] Oleh sebab sifat mesranya, baka ini kerap tidak mempunyai naluri penjagaan.[5] Walau bagaimanapun, telah ada juga laporan tentang sesetengah anjing pengutip keemasan sangat agresif dalam susur galur tertentu. Telah ada cadangan bahawa variasi dari segi pencerobohan ini sebahagiannya disebabkan oleh faktor genetik.[15]
Baka ini biasanya mengekalkan banyak trait dan naluri gundog termasuk deria bau cemerlang dan naluri kuat untuk mengutip; walaupun sesama yang tidak terlatih sebagai gundog, ada kebiasaan untuk anjing pengutip keemasan menghadiahi pemiliknya mainan atau objek lain.[7][9] Berbanding dengan baka anjing pengutip lain, anjing pengutip keemasan biasanya agak lambat matang.[9][13]
Anjing pengutip keemasan ialah salah satu baka anjing pendamping yang paling lazim dibela di dunia Barat dan kerap menjadi antara sepuluh baka anjing teratas menurut bilangan pendaftaran di United Kingdom, di Amerika Syarikat, di Australia, dan di Kanada.[3][4][16][17][18][19] Ia merupakan petanding kerap dalam pertunjukan anjing; susur galur pertunjukan berasingan bagi baka ini telah dikembangkan.[4][9][13] Anjing ini dapat dilatih sebagai anjing pandu dan anjing terapi[4][5] dan boleh bertanding dalam ujian kepatuhan dan sukan anjing lain.[4][5]
Anjing pengutip keemasan masih digunakan sebagai gundog oleh ahli sukan sebagai teman perburuan di padang dan untuk bertanding dalam ujian padang.[4][9][13] Ia lebih banyak digunakan untuk pengutipan burung buruan darat seperti grouse dan partridge berbanding dengan untuk pemburuan unggas liar.[9] Yang digunakan sebagai gundog biasanya daripada susur galur pekerja yang dibiakbakakan khusus untuk kegunaan padang; anjing daripada susur galur anjing peliharaan atau pertunjukan jarang sesuai.[4][9][13] Anjing pengutip keemasan dengan lapis bulu ganda padat tradisional adalah sangat sesuai untuk kerja dalam keadaan sejuk dan basah, kerana lapis bulunya menyediakan rintangan air dan penebatan.[9][13] Berbanding dengan baka anjing pengutip lain, anjing pengutip keemasan bukan perenang kuat; lapis bulu panjangnya menyebabkannya terduduk rendah-rendah di dalam air semasa berenang.[9]
Anjing pengutip keemasan lebih jarang digunakan oleh ahli sukan sebagai teman perburuan berbanding dengan anjing pengutip Labrador.[9][13] Salah satu sebabnya ialah bahawa baka ini pada umumnya agak lambat matang, khususnya berbanding dengan labrador; kerap apabila anjing pengutip keemasan masih dalam latihan asasi, labrador pada usia sama telah pun menamatkan satu musim perburuan.[9][13] Satu lagi ialah lapis bulu panjangnya, yang memerlukan lebih banyak penyelenggaraan dan pendandanan daripada labrador, khususnya selepas bekerja dalam keadaan berlumpur atau di dalam semak tebal, kerana bulu panjangnya lebih cenderung untuk memungut kotoran dan gerigis.[9][13] Lebih banyak anjing pengutip keemasan dibiakbakakan sebagai anjing peliharaan atau untuk gelanggang pertunjukan berbanding dengan untuk perburuan. Oleh itu, ada kesukaran untuk ahli sukan mencari anak anjing yang dibiakbakakan daripada susur galur pekerja terbukti.[13]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[20] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 10 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[21] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 mendapati bahawa 22% daripada jumlah anjing pengutip keemasan mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih rendah daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[22]
Baka ini terdedah secara luar biasa kepada kanser, dengan sebuah kajian Amerika Syarikat yang mendapati kanser sebagai punca kematian pada hampir-hampir 50% daripada populasi, angka kedua tertinggi dalam kajian itu. Beberapa buah kajian Eropah mendapati prevalens jauh lebih rendah (20–39%), yang mungkin mencerminkan pencapahan genetik ketara antara populasi Amerika dengan populasi Eropah. Ia terutamanya terdedah kepada hemangiosarkoma dan limfoma, dengan anggaran risiko seumur hidup satu daripada lima untuk hemangiosarkoma dan satu daripada lapan untuk limfoma. Prevalens tinggi bagi kematian akibat kanser sesama anjing pengutip keemasan mungkin sebahagiannya mewakili kekurangan penyakit kongenital lain.[23][24][25] Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa risiko neoplasia metastasis pada baka ini adalah 4.86 kali lebih tinggi berbanding dengan anjing lain.[26]
Anjing pengutip keemasan mempunyai predisposisi genetik terhadap hipotiroidisme primer; semakan bagi 5 buah kajian berlainan mendapati bahawa anjing pengutip keemasan merangkumi 17% daripada jumlah kes.[27]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.