baka anjing dari Austria From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing pemburu bau bersaiz sederhana yang berasal dari Austria dan digunakan untuk menjejak buruan tercedera, paling lazim kelinci, di altitud tinggi.
Nama lain | Brandlbracke Vieräugl Anjing pemburu berbulu licin Austria Brandlbracke Kärnten Anjing Kärnten Anjing pemburu Austria | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Austria | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah baka ini dapat dijejak kembali ke zaman purba semasa penghuni Austria membiakbakakan anjing secara terpilih untuk tujuan perburuan. Leluhur anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria berkemungkinan merupakan baka silang daripada pelbagai anjing pemburu Celt, mungkin kacuk dengan Anjing pemburu Jura dari Switzerland.[1][2][3]
Semasa abad ke-19, orang Austrian mula menyokong perkembangan piawaian baka dan pejabat pendaftaran baka tulen untuk anjing pemburu mereka. Pada 1884, Österreichischen Hundezuchtvereins ("Persatuan Pembiakbakaan Anjing Austria") diasaskan dan anjing pertama yang didaftarkan ialah seekor anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria bernama "Bergmann."[4] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mengiktiraf baka ini pada tahun 1954 dan United Kennel Club pada tahun 2006.[5][6]
Pewarnaan pada baka ini sangat penting. Anjing ini mempunyai lapis bulu hitam licin, padat, dan pendek dengan tanda-tanda sawo matang atau perang kekuning-kuningan pada tungkai, dada, dan muka. Dua tanda perang kekuning-kuningan di bahagian atas mata mesti ada. Ekor panjangnya sedikit bengkok dan telinga sederhana panjang dan turun dalam keadaan rata dengan hujung membulat.[1][2] Ia merupakan baka bersaiz sederhana dengan tengkorak besar dan mata perang.[7] Jantannya setinggi 50–56 sentimeter (20–22 inci) sementara betinanya pula setinggi 48–54 sentimeter (19–21 inci).[1][2] Anjing ini berukuran seberat 15–22 kilogram (33–49 paun).[8] Lapis bulu gelapnya membantu untuk melindungi anjing daripada keadaan cuaca mencabar, sementara tanda-tanda sawo matang menjadikannya mudah dilihat oleh pemburu dalam tumbuh-tumbuhan tebal.
Ia merupakan pelari anggun yang digunakan untuk menjejak bermacam-macam buruan. Ia mempunyai suara indah dan dapat menjadi anjing peliharaan hebat oleh sebab keperibadian penyayang dan baik hatinya. Ia bukan anjing yang berada di kota. Rumah yang sesuai perlu terletak di kawasan luar bandar supaya anjing ini dapat memiliki ruang yang besar untuk berlari tanpa dibatasi oleh cawak. Ia suka bekerja.[8][9]
Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria mempunyai deria bau tajam yang digunakan untuk menjejak buruan tercedera, paling lazim kelinci, di altitud tinggi.[8] Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria telah digunakan dalam pengesanan kumbang Agrilus planipennis.[10]
Tiada penyakit genetik spesisfik baka yang diketahui menjejaskan baka ini yang agak sihat dan hidup sehingga usia 12 hingga 14 tahun.[8]
Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria dikenali dengan banyak nama termasuk anjing pemburu berbulu licin Austria, brandlbracke Austria, brandlbracke Kärnten, vieräugl Austria, vieräugl Kärnten, anjing Kärnten, atau anjing pemburu Austria.[3][1][2][11][9] Brandlbracke ialah kata majmuk, yang berakar daripada Brand ("kebakaran") yang merujuk tanda-tanda perang kekuning-kuningan dan "Bracke", iaitu sejenis anjing pemburu yang terutamanya menjejak melalui bau.[12][perlu rujukan] Vieräugl pula ialah bentuk diminutif Austro-Bavaria bagi Vierauge, yang memaksudkan: sesuatu atau seseorang yang bermata empat; si mata empat. Nama ini merujuk tanda-tanda perang kekuning-kuningannya di bahagian atas mata.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.