Anjing pemburu elk Norway
baka anjing dari Norway / From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing pemburu elk Norway[lower-alpha 2] ialah salah satu daripada baka anjing jenis spits utara dan merupakan anjing kebangsaan Norway. Anjing pemburu elk telah berkhidmat sebagai pemburu, penjaga, gembala, dan pengawal. Ia terkenal kerana keberaniannya dalam penjejakan dan pemburuan elk dan buruan besar lain, seperti beruang atau serigala.[1][2] Anjing pemburu elk Norway pertama kali dipersembahkan dalam pameran anjing di Norway pada tahun 1877.
- Lihat juga: Anjing pemburu elk hitam Norway
Nama lain | Anjing pemburu elk kelabu Norway[lower-alpha 1] | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Norway | |||||||
| ||||||||
Catatan | FCI membahagikan ini kepada dua baka: kelabu (242) dan hitam (268). | |||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Objektif baka ini dalam perburuan adalah untuk menjejak elk dan melompat kepada elk itu, iaitu mengalih perhatian elk, sementara memberikan isyarat kepada pemburu dengan menyalak dengan sangat lantang sehingga pemburu yang mengikuti bunyi itu dapat tiba untuk menembak elk itu. Anjing ini hanya menyalak apabila elk tidak bergerak, tetapi ia dapat juga membawa elk itu perlahan-perlahan ke arah pemburu yang menunggu. Anjing pemburu elk Norway juga digunakan secara bercawak. Dalam mod pemburuan ini, anjing membawa pemburu ke arah elk itu sementara kekal senyap.