Anjing Pomerania
baka anjing dari Jerman / From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing Pomerania, pomerania, atau pomeranian[lower-alpha 3] ialah satu baka anjing daripada jenis spits yang dinamai sempena rantau Pomerania di Poland barat laut dan di Jerman timur laut di Eropah Tengah. Sebagai baka yang dikelaskan sebagai baka anjing mainan oleh sebab saiz kecilnya, anjing Pomerania diturunkan daripada anjing jenis spits lebih besar, khususnya spits Jerman.
Nama lain | Pomerania Pomeranian Spits kerdil[lower-alpha 1] Spits kerdil Jerman Spits mainan[lower-alpha 2] Spits mainan Jerman | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Pom Pom Dog Pom-Pom Zwers | ||||||||||||||||
Negara asal | Jerman dan Poland | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Baka ini telah dipopularkan oleh sebilangan pemilik diraja sejak abad ke-18. Ratu Victoria memiliki seekor anjing Pomerania yang khususnya kecil dan hasilnya, keragaman lebih kecil menjadi popular secara keseluruhan. Hanya semasa hayat Ratu Victoria, saiz baka ini menurun sebanyak 50%. Setakat tahun 2017, dalam sebutan angka pendaftaran, sekurang-kurangnya sejak tahun 1998, baka ini telah ditempatkan sesama lima puluh baka paling popular di Amerika Syarikat, dan fesyen semasa untuk anjing kecil telah meningkatkan kepopularannya di seluruh dunia.