baka anjing dari China From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing Peking[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing mainan yang berasal dari China. Baka ini digemari oleh kaum kerabat diraja istana Maharaja China sebagai anjing teman dan namanya merujuk bandar raya Beijing (Peking), yang menempatkan Kota Larangan. Baka ini mempunyai beberapa ciri dan isu kesihatan yang berkaitan dengan penampilan uniknya. Oleh sebab cirinya yang diingini, anjing Peking telah menjadi sebahagian daripada perkembangan baka silang pereka, seperti peekapoo (bersilang dengan pudel) dan peke-a-tese (bersilgan dengan anjing Malta).
Nama ringkas | Peke | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | China | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Peking | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Cina | 北京狗 | ||||||
Maksud harfiah | anjing Beijing | ||||||
| |||||||
Alternative Chinese name | |||||||
Tulisan Cina Tradisional | 獅子狗 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 狮子狗 | ||||||
Maksud harfiah | anjing singa | ||||||
|
Pembiak baka moden dan hakim pertunjukan anjing kelihatannya lebih memilih jenis berbulu panjang berbanding dengan lapis bulu jenis spaniel yang lebih tradisional.
Muka rata dan mata besar anjing Peking merupakan antara ciri paling jelas baka ini. Tubuhnya padat dan rendah ke tanah. Anjing Peking juga mempunyai tubuh berotot dan tahan lasak.[1] Gaya jalan berguling luar biasa baka ini mungkin sengaja dikembangkan melalui pembiakbakaan terpilih untuk mengelakkan anjing istana daripada merayau-rayau pada zaman purba.
Semua piawaian baka mengizinkan pelbagai kombinasi warna. Majoriti anjing Peking berwarna emas, merah, atau sabel. Krim, hitam, putih, sawo matang, hitam dan sawo matang, dan kadang-kadang 'biru' atau kelabu loh telah muncul pada baka ini. Anjing 'biru' atau kelabu loh kerap mempunyai pigmen lemah dan mata cerah. Anjing Peking albino (putih dengan mata merah jambu) tidak patut dibiakbakakan kerana masalah kesihatan yang berkaitan dengan kebalaran.
Topeng hitam atau muka berwarna sendiri sama-sama diterima pada anjing pertunjukan. Tanpa mengira warna lapis bulu, kulit terdedah pada muncung, hidung, bibir, dan pinggir mata berwarna hitam. Oleh sebab salin bulu berat dan untuk mengelakkan kusutan, baka berlapis bulu ganda ini memerlukan penjagaan bulu menyeluruh kerap.
Anjing Peking berukuran seberat 7–14 lb (3.2–6.4 kg) dan berdiri kira-kira setinggi 6–9 inci (15–23 cm) pada paras kelasa; walau bagaimanapun, ia dapat bersaiz lebih kecil. Anjing Peking lebih kecil ini biasanya dirujuk sebagai anjing Peking "lengan" Peking. Namanya diambil dari zaman purba, apabila maharaja membawa anjing terkecil baka ini di dalam lengan baju. Anjing Peking yang lebih berat daripada 14 paun (6.4 kg) disingkirkan daripada gelanggang pertunjukan.
Anjing Peking adalah lebih panjang sedikit daripada ketinggian apabila diukur dari dada hadapan ke punggung. Garis luar keseluruhan ialah nisbah hampiran tinggi 3 dengan panjang 5.
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[2]
Punca utama kematian untuk anjing Peking, sebagaimana untuk banyak baka mainan lain, ialah trauma.[3] Kebimbangan kesihatan primer termasuk kecacatan neurologi dan kardiovaskular.[3]
Akibat pembiakbakaan untuk muka semakin rata, brakisefalinya dapat menyebabkan isu kesihatan pada sesetengah anjing Peking. Oleh itu, kebimbangan berpotenis lain pada baka ini merupakan isu mata dan masalah pernafasan, akibat tengkorak kecil dan muka rata. Tambahan pula, alahan kulit (termasuk tompok panas) dan ulser mata mungkon berkembang secara spontan. Anjing Peking juga mungkin menghidap keratokonjunktivitis sika (mata kering) dan atrofi retina progresif.[4]Templat:Verificationneeded
Dalam usaha untuk menangani kesukaran pernafasan berpotensi yang disebabkan oleh muka rata baka ini, The Kennel Club (United Kingdom) mengubah piawaian baka dengan ketara pada Oktober 2008 untuk menghapuskan klausa bahawa "profil [patut] rata dengan hidung di celah-celah mata" dan sebaliknya menambahkan bahawa "muncung mesti jelas". Ini adalah sebagai gerak balas kepada pendapat awam ikutan rancangan BBC, Pedigree Dogs Exposed.[perlu rujukan] Piawaian baka bagi dua lagi baka brakisefalik, pug dan buldog Inggeris, juga diubah tidak lama kemudian.
Pengekalan kesihatan dan kerapian lapis bulu anjing Peking memerlukan pemberusan harian dan aturan sesi dandanan setiap 8–12 minggu. Anjing yang diniatkan sebagai anjing peliharaan rumah boleh dibela dengan gaya potongan bulu anak anjing, yang memerlukan kurang penyelenggaraan berbanding dengan lapis bulu pertunjukan. Ada kepentingan untuk menanggalkan bahan asing daripada mata setiap hari dan mencuci lipatan pada muka untuk mengelakkan kudis (tompok panas). Ada juga keperluan untuk memastikan dan mengekalkan agar bulu panjang di punggung ("seluar" atau "skirt") bersih dan rapi, kerana kawasan itu terdedah kepada kekotoran. Dalam iklim sejuk, seluar mungkin mengumpulkan gumpalan bola salji.
Oleh sebab kelebatan bulunya, ada kepentingan untuk memastikan agar anjing Peking sejuk. Baka ini terdedah kepada strok haba apabila terdedah kepada suhu tinggi.[5]
Keperluan senaman anjing Peking adalah minimum. Oleh sebab muncung amat pendek, ia berisiko lebih tinggi untuk mengalami kesukaran pernafasan (paling ketara sindrom salur udara terhalang brakisefalik).[6] Oleh sebab ini, ia jarang mampu melakukan senaman lebih daripada 30 minit setiap hari. Ada kepentingan untuk memantau pernafasannya semasa bersenam, terutamanya jika dalam keadaan panas. Jika anjing Peking berkenaan mula berdehit, senaman patut dihentikan serta-merta. Selepas berlari, ia patut berehat di tempat sejuk sehingga pernafasan kembali normal. Ia mesti mempunyai akses kepada banyak air sebelum bersenam, semasa bersenam, dan selepas bersenam untuk mengelakkan pemanasan lampau dan penyahhidratan.
Baka ini muncul di China daripada beberapa jenis anjing kecil yang dimiliki oleh keluarga bangsawan. Tidak seperti yang lain, ia hanya boleh dimiliki oleh kerabat Istana Maharaja China.[7]
Semasa Perang Candu Kedua, pada tahun 1860, Istana Musim Panas Lama di Beijing dijarah dan dibakar oleh gabungan pasukan ekspedisi Inggeris-Perancis, selepas Maharaja Xianfeng melarikan diri bersama dengan seisi istana baginda ke Chengde.
Seorang askar British, Kapten John Hart Dunne terserempak dengan seekor Peking bersendirian, yang dibawa pulang ke England. Ia merupakan anjing pertama baka ini yang bertahan dalam pelayaran.[7] Beliau mempersembahkannya kepada Ratu Victoria yang menamainya Looty.[8][9][10]
Kerap ada kata-kata bahawa semasa penjarahan pekarangan istana, kontinjen askar British dan Perancis memasuki salah sebuah istana. Seorang ibu saudara tua kepada maharaja telah tertinggal, tetapi apabila askar memasuki istana dia membunuh diri. Dia ditemukan mati dengan lima ekor anjing Peking di samping jasadnya. Anjing-anjing ini diambil oleh askar sebelum Istana Musim Panas dibakar ke tanah.[perlu rujukan] Lord John Hay mengambil sepasang, yang kemudian dipanggil Schloff dan Hytien, dan memberikan pasangan ini kepada kakak beliau, Duchess Wellington, isteri kepada Henry Wellesley, Duke Wellington ke-3. Sir George Fitzroy mengambil sepasang lagi dan memberikan pasangan ini pula kepada sepupu beliau, Duke dan Duchess Richmond dan Gordon. Yang kelima ialah yang ditemukan oleh kapten Dunne. Walau bagaimanapun, kisah itu tidak mendapat sokongan daripada dokumen kontemporari, sementara kedua-dua Hay dan Fitzroy mungkin telah memperoleh anjing Peking daripada sesetengah sumber, mereka berkhidmat dengan pegawai Tentera Laut yang dijangkakan tinggal dengan kapal mereka yang menjaga pintu masuk ke Beijing.[11]
Maharani Balu Cixi mempersembahkan anjing Peking kepada beberapa orang Amerika, termasuk John Pierpont Morgan dan Alice Lee Roosevelt Longworth, anak perempuan kepada Theodore Roosevelt, yang menamainya Manchu.
Anjing Peking pertama di Ireland diperkenalkan oleh Dr. Heuston. Beliau mengasaskan klinik pemvaksinan cacar di China. Kesannya adalah dramatik. Sebagai penghargaan, menteri China, Li Hongzhang menghadiahi beliau sepasang anjing Peking. Anjing-anjing ini dinamai Chang dan Lady Li. Dr. Heuston mengasaskan kenel Greystones.[9]
Pada sekitar permulaan abad, anjing Peking menjadi popular di negara-negara Barat. Ia dimiliki oleh penentu fesyen seperti Alexandra dari Denmark, isteri kepada Edward VII, dan Elsie de Wolfe, penghias ruangan dalaman popular Amerika. Kemudian, ia dimiliki oleh Rumer Godden, yang menulis dalam autobiografi beliau bahawa "Saya tidak menyukai anjing kecuali yang sangat besar dan yang dengan perwatakan sedemikian sehingga mereka tidak dapat ditolak; Anjing Peking bukan anjing tetapi lebih daripada itu",[12] dan oleh Auberon Waugh, yang pada satu ketika dengan angan-angan bermegah bahawa salah seekor anjing beliau mengongsi cintanya terhadap The Daily Telegraph dan bencinya terhadap The Sunday Times.[13]
Sebuah rencana Country Life tahun 2018 menegaskan bahawa "daya tarikan tanggapan [baka ini] telah menjunam, [lalu] dibayangi sepenuhnya oleh [daya tarikan tanggapan] pada shih tzu".[14] The Kennel Club juga menyatakan bahawa "kepopularannya telah menurun".[15] Walau bagaimanapun, pada tahun 2021, seekor anjing Peking bernama Wasabi memenangi Pertunjukan Anjing Westminster, kali keempat anjing Peking memenangi Best in Show dalam pertunjukan anjing Westminster.[16]
Menurut terbitan tahun 1948 Dogs in Britain: A Description of All Native Breeds and Most Foreign Breeds in Britain oleh Clifford L. B. Hubbard, anjing Peking ialah versi katik sejati bagi anjing bersaiz standard dan juga dikenali sebagai anjing katik Peking. Nama anjing Peking lengan berasal daripada kebiasaan membawa anjing kecil ini di dalam lengan baju luas yang dipakai oleh kerabat Keluarga Maharaja China. Ia digunakan sebagai senjata pertahanan jika diperlukan. Hubbard menunjukkan bahawa tradisi ini kelihatan seperti tradisi awal Itali dan bukannya tradisi Cina, tetapi penggunaannya oleh kerabat Keluarga Maharaja China membawa kepada anjing yang dibiakbakakan sekecil yang mungkin dan kepada amalan yang bertujuan untuk membantutkan tumbesarannya: memberi anak anjing wain beras, memegang anak baru lahir ketat-ketat selama berjam-jam pada satu-satu masa atau meletakkan anak-anak anjing di dalam baju pinggang dawai ketat. Amalan ini kelihatannya dilarang oleh Maharani Balu Cixi.
Pada zaman Hubbard, istilah lengan digunakan di Britain untuk anjing katik Peking yang tidak lebih berat daripada 6–7 paun, selalunya kelihatan hanya kira-kira seberat 3–4 paun. Mai Mai milik Pn. Flander hanya berukuran seberat sedikit lebih daripada 4 paun dan ramai pembiak baka lain telah membiakbakakan anjing katik sejati dengan saiz serupa. Beliau mencatatkan bahawa anjing katik mungkin muncul dalam perinduk yang dibiakbakakan daripada anjing Peking bersaiz penuh dan dipamerkan dalam kelas untuk anjing yang kurang daripada 7 paun dalam pertunjukan anjing besar di Britain. Pada tahun 1946 (semasa Hubbard menulis buku beliau), anjing Peking lengan mempunyai pengikut tegar dengan warna paling popular yang merupakan krim dan putih dengan putih yang dianggap khususnya menarik. Beliau mengilustrasikan huraian itu dengan anjing Peking lengan putih yang dibiakbakakan oleh Pn. Aileen Adam.[17]
Terdapat dua kisah asal usul untuk anjing Peking.[7] Yang lebih umum ialah Sang Singa dan Sang Marmoset:
Kisah asal usul lagi satu ialah Singa Kupu-kupu:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.