penyanyi dari Kuching, Sarawak From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohamad Amirullah Jahari (lahir 31 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi, pemuzik, pelakon, dan penulis lagu Malaysia, berasal dari Kuching, Sarawak. Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau menjadi Akademi Fantasia musim kesembilan. Beliau menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainment (KGE) milik bekas peserta Akademi Fantasia Musim 5, Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013. Beliau juga bergiat aktif bersama kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project. Pada tahun 2024, beliau telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-38 bagi lagunya, "Hasrat".
Amir Jahari | |
---|---|
Nama lahir | Mohamad Amirullah bin Jahari |
Kelahiran | Kuching, Sarawak, Malaysia | 31 Mei 1992
Genre | Pop, akustik |
Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penulis lagu, pelakon |
Instrumen | Vokal, gitar |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | Kasi Gegar Entertainment |
Pengkarya berkait | Aizat Amdan, Go Gerila, The Amir Jahari Project |
Laman sesawang | www.amirjahari.com |
Amir Jahari ialah salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011 dan beliau hanya bertahan selama tiga minggu dalam akademi apabila konsert minggu ketiga beliau digugurkan bersama seorang lagi pelajar AF9 iaitu Ayda Jebat melalui Operasi Gugur disebabkan tiada peningkatan prestasi dalam persembahan mereka selama tiga minggu konsert AF9 berlangsung.
Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik. Beliau menggunakan permainan teka silangkata sebagai kulit album. Single pertama dari album ini ialah Tanpamu, diikuti oleh single kedua, Penghibur Jalanan dan single ketiga, Gelisah. Salah satu lagu dari album tersebut iaitu Tanpamu berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-27.
Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.
Pada 2016, beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk Ingga yang akan dimuatkan dalam album keduanya yang akan menjengah pasaran nanti. Mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya. Lagu ini menampilkan bunyian 'sape, alat muzik tradisional Orang Ulu dengan alunan melodi Sarawak digabung bersama muzik Amir yang berentak folk rock kontemporari.[1]
Pada 2023, lagu Hasrat ciptaan beliau menjadi runut bunyi rasmi filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha. Lagu tersebut juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 dan berjaya merangkul gelaran Juara Lagu.
Beliau berkahwin dengan Kartini Sulaiman pada Oktober 2013 dan dikurniakan tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki.[2]
Amir berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran dirumah kaca Akademi Fantasia musim kesembilan. Namun pada konsert minggu ketiga beliau dan Ayda Jebat telahpun digugurkan daripada akademi melalui Ops Gugur berikutan tiada peningkatan dalam persembahan selama tiga minggu di akademi. Berikut persembahn beliau;
Konsert | Lagu | Ked. |
---|---|---|
Minggu Tirai | "Aku Skandal" nyanyian asal Hujan / "Seribu Tahun" nyanyian asal Imran Ajmain | - |
Minggu 1 | "Just The Way You Are" nyanyian asal Bruno Mars | 7th |
Minggu 2 | "Cinta Gila" nyanyian asal Dewa 19 | 9th |
Minggu 3 | "Dilema" nyanyian asal d'Masiv | Digugurkan |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Akademi Fantasia 9 | Peserta | Astro Ria | Tersingkir |
2012 | Versus | Peserta (Go Gerila) | TV9 | Naib Juara |
2013 | Anugerah Juara Lagu ke-27 | Penyanyi, Penulis lirik & Komposer | TV3 | Finalis |
2022 | The Last Trio Standing | Peserta | Astro Ria | Naib Juara |
2024 | Anugerah Juara Lagu ke-38 | Penyanyi, Penulis lirik & Komposer | TV3 | Juara |
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Anugerah Industri Muzik ke-20 | Penghibur Jalanan | Kulit Album Terbaik | Tercalon |
Rakaman Album Terbaik | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.