Duli Pengiran Muda Mahkota Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, rujukan kehormat "Duli Yang Teramat Mulia",[1] (diputerakan pada 17 Februari 1974)[1] merupakan Pengiran Muda Mahkota iaitu Putera Mahkota Brunei dan pewaris takhta Sultan Brunei. Duli Yang Teramat Mulia merupakan paduka anakanda Ke-3 kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan permaisuri baginda, Raja Isteri Saleha.[2]
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah | |
---|---|
Al-Muhtadee Billah; 2023 | |
Negara Brunei Darussalam | |
Pemerintahan | 10 disember 1998 - kini |
Pendahulu | Sultan Hassanal Bolkiah |
Pasangan | Pengiran Anak Sarah |
Anakanda | |
Pengiran Muda Abdul Muntaqim Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah Pengiran Muda Muhammad Aiman Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raaihanul Bolkiah | |
Nama penuh | |
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah | |
Tempat persemayaman | Istana Nurul Iman |
Ayahanda | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah |
Bonda | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam |
Keputeraan | 17 Februari 1974 Bandar Seri Begawan, Brunei |
Agama | Islam Sunni |
Duli Yang Teramat Mulia melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada 1997 dalam jurusan pelajaran Islam.[perlu rujukan]
Pada 9 September 2004, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah telah diijabkabulkan dengan Pengiran Anak Sarah yang ketika itu berusia 17 tahun di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei.[2] Perkahwinan ini dijalankan secara besar-besaran dengan jumlah pembelanjaan sekitar 5 juta Ringgit Brunei (B$5 juta).
Hasil daripada perkongsian hidup Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Isteri, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dikurniakan 4 orang cahaya mata, iaitu dua orang putera dan seorang puteri. Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul , Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.[perlu rujukan] dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raaihanul
Gelaran hormat bagi Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah | |
Gaya panggilan | Duli Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Pengiran Muda Mahkota |
Nama penuh rasmi dengan terasul ialah "Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah".[1][3] Nama ini digunakan dalam pertuturan dan penulisan rasmi bahasa Melayu di Brunei.
Duli Yang Teramat Mulia telah dikurniakan:[4]