From Wikipedia, the free encyclopedia
Al Jazeera English (AJE) ialah saluran berita dan ehwal semasa bahasa Inggeris 24 jam yang beribu pejabat di Doha, Qatar, saluran pertama dan seumpamanya di dunia yang berpangkalan di Timur Tengah. Dari kedudukan unik tersebut, saluran berkenaan berazam untuk mengimbangi arus media perdana semasa dengan laporan dari dunia membangun ke barat dan dari benua selatan ke utara. Ia juga turut menyediakan ruang kepada suara yang tidak didengari, menggalakkan perbahasan dan mencabar bukti-bukti tanggapan umum.
Rencana ini perlu dikemas kini. (Mei 2020) |
Negara | Inggeris |
---|---|
Kawasan siaran | Antarabangsa |
Slogan | Setting The News Agenda |
Ibu pejabat | Pusat penyiaran: Doha, Kuala Lumpur, London and Washington D.C. |
Pemilikan | |
Pemilik | Al Jazeera |
Saluran kembar | Al Jazeera |
Sejarah | |
Dilancarkan | 15 November 2006; 17 tahun yang lalu |
Ditutup | 1 April 2022 (Kristal-Astro) (HD) |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
Triangle TV Auckland & Wellington | limited scheduled transmission on FTA UHF channels at certain hours |
Kabel | |
Buckeye CableSystem | Saluran 220 |
Cable TV | Saluran 34 |
Elisa | (digital tuner required) |
Global Destiny Cable | Saluran 41 |
KDG | Saluran 842 |
NOOS-UPC | Saluran 64 |
Satelit | |
AsiaSat 3S Asia/ME/Australia | 3760 H / 26000 / 7/8 |
Astra 1KR Eropah | 11508 V / 22000 / 5/6 |
Astro | Saluran 513 (HD) |
NJOI | Saluran 513 (HD) |
Indovision | Saluran 55 |
Badr C Afrika/ME | 3996 V (analogue signal) |
Canal Digitaal | Saluran 64 |
Canal Digital Scandinavia | Saluran 57 |
CanalSat | Saluran 331 |
Cyfrowy Polsat | Saluran 95 |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 602 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / Sooka |
Unifi TV | playTV@unifi |
YouTube | Watch live |
VDC | (subscription) |
Dengan empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC serta jabatan biro berita antarabangsa di segenap penjuru dunia, Al Jazeera English bertekad untuk melaraskan agenda berita, merumpunkan budaya dan menyalurkan pandangan umum kepada lebih 1 bilion penonton televisyen berbahasa Inggeris.
Al Jazeera English menyiarkan rancangan terbitan umum seperti laporan dan analisis warta berita, rancangan umum ehwal semasa dan rencana, temuramah langsung, berita hiburan, laporan perniagaan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tidak tepat
dan berat sebelah. Ia juga merupakan rangkaian televisyen definisi tinggi yang pertama di dunia.
Idea penubuhan saluran berita bahasa Inggeris oleh Al Jazeera timbul pada sekitar tahun 2003 dengan matlamat menjadi sebuah saluran berita alternatif bagi mengimbangi arus media perdana semasa. Pada bulan Oktober 2005, syarikat induk Al Jazeera Satellite Network secara rasmi mengumumkan hasrat berkenaan dan 13 bulan kemudian, Al Jazeera English secara rasmi memulakan siaran tepat pada pukul 8 malam waktu Malaysia bersamaan 15 November 2006 kepada lebih 80 juta isi rumah seluruh dunia, sekali ganda lebih daripada sasaran awal saluran tersebut.
Dalam perancangan awal, saluran berkenaan bakal dikenali sebagai Al Jazeera International, tetapi ditukar kepada Al Jazeera English beberapa hari sebelum tarikh pelancaran rasmi. Ia juga sepatutnya memulakan siaran secara rasmi pada bulan Jun 2006 tetapi ditunda ke kemudian hari atas sebab kekurangan teknologi televisyen definasi tinggi pada waktu itu.
[Pusat Penyiaran Kuala Lumpur.]] Al Jazeera English beroperasi melalui empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC. Lokasi dan kedudukan pusat penyiaran tersebut dipilih mengikut konsep putaran bumi mengelilingi suria. Pusat Penyiaran Doha adalah pangkalan operasi utama Al Jazeera English dimana kebanyakkan rancangan siaran dan terbitan serta tenaga kerja saluran berkenaan tertumpu. Pusat Penyiaran Kuala Lumpur pula dipilih sebagai pusat operasi utama rantau Asia & Australasia diikuti dengan Pusat Penyiaran London, benua Eropah dan Pusat Penyiaran Washington DC, benua Amerika Utara & Selatan.
Dalam satu sesi temuramah bersama pengarah urusan Al Jazeera English, Nigel Parsons, beliau memberitahu para wartawan bahawa pemilihan Kuala Lumpur ke atas Hong Kong dan Singapura bagi pusat operasi serantau bukan berdasarkan kepada status negara islam Malaysia semata-mata, tetapi atas sebab sokongan dan kerjasama kerajaan Malaysia, kos yang kompetitif, hubungan kebudayaan dan politik antara dua negara (Qatar dan Malaysia) yang akrab, kemudahan dan prasarana yang baik serta sumber tenaga manusia yang berkebolehan . Pusat Penyiaran Kuala Lumpur beroperasi dan terletak di tingkat 60, Menara 2, Menara Berkembar Petronas. Ia dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi pada 16 Februari 2007.
Operasi Al Jazeera English turut disokong oleh 20 jabatan biro berita antarabangsa saluran tersebut di serata dunia bagi mengumpul, menyedia dan melapor laporan dan analisis warta berita untuk siaran empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC. Al Jazeera English juga berkongi sumber dan tenaga manusia dengan lebih 40 jabatan biro berita saluran induk berkenaan, Al Jazeera. Mereka bercadang untuk mengembangkan lagi jabatan biro berita antarabangsa saluran berkenaan di masa hadapan.
Al Jazeera English secara amnya menggunakan pendekatan format yang berbeza untuk setiap laporan warta berita dan rancangan umum siaran terbitan saluran tersebut. Pengurusan dan siaran beritanya beredar dari Kuala Lumpur ke Doha, London dan Washington DC mengikut konsep putaran bumi mengelilingi suria. Sama seperti kebanyakkan saluran berita 24 jam antarabangsa yang lain, laporan dan kemaskini berita disiar pada setiap 30 minit dan kemuncak jam.
Ramai pemerhati bebas bersetuju bahawa laporan warta berita Al Jazeera English lebih jelas, terperinci dan berkecuali. Laporan dan analisis warta berita saluran berkenaan lebih jelas melibatkan pandangan semua pihak dari setiap penjuru, satu perbezaan paling ketara berbanding dengan kebanyakkan media arus perdana yang lain. Al Jazeera English juga banyak memberi fokus kepada kawasan yang kurang diberi perhatian oleh media arus perdana. Antaranya laporan warta berita eksklusif krisis kemanusiaan di Darfur, Sudan serta laporan cetera dari Myanmar dan Korea Utara.
Selain daripada laporan dan analisis warta berita, Al Jazeera English turut menyiarkan rancangan terbitan umum dalam format definisi tinggi seperti program ehwal semasa & rencana umum, temuramah & debat langsung, cetera, hiburan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tepat dan tidak berat sebelah. Berikut adalah senarai beberapa rancangan semasa terbitan dan siaran Al Jazeera English.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AlJazeera.Net adalah laman sawang rasmi Al Jazeera English. Selain laporan berita, ia turut menyediakan maklumat dan informasi mengenai profil korporat, waktu siaran, rancangan terbitan, profil pemberita dan kenyataan akhbar. Laman tersebut menggunakan zon waktu Mekah sebagai rujukan kemaskini. AlJazeera.Net versi terkini dilancarkan serentak pada hari perasmian saluran berkenaan pada 15 November 2006.
Tenaga kerja Al Jazeera English terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman. Ramai diantara mereka adalah bekas tenaga kerja utama dari syarikat penyiaran dan agensi berita ternama seperti AFP, BBC, CNN, ITV dan Sky News. Al Jazeera English juga telah berjaya memikat ramai nama-nama besar dan tersohor dalam bidang penyiaran berita seperti David Frost, Rageh Omaar, Riz Khan, Teymoor Nabili dan Veronica Pedrosa.
PENGARAH & TIMBALAN PENGARAH
Berikut adalah senarai tenaga kerja utama pengurusan Al Jazeera English.
KETUA EDITOR DAN KETUA BIRO BERITA
Berikut adalah senarai ketua editor dan ketua biro berita Al Jazeera English.
Berikut adalah senarai tenaga kerja hadapan tabir Al Jazeera English.
Bagi tujuan penjenamaan, Al Jazeera English telah melantik sebuah syarikat rekaan dan produksi terkemuka dari Manhattan, New York, uvphactory (UVPH) bagi tujuan tersebut. Hasilnya, tenaga kerja kreatif UVPH yang diketuai oleh Alexandre Moors dan Brian Welsh telah menghasilkan pakej grafik berita, 8 identiti animasi tiga dimensi (3D) 15 saat dan 30 identiti aksi langsung 15 saat untuk Al Jazeera English. Berikut adalah senarai tenaga kreatif UVPH yang terlibat dalam projek penjenamaan tersebut.
Program perisian Adobe After Effects 7.0, Adobe Illustrator CS, Adobe Photoshop CS, Apple Final Cut Pro 5.0, Next Limit’s RealFlow fluid simulator, Softimage|XSI 5.1 dan Syflex Cloth Simulator menjadi pilihan para tenaga kreatif UVPH bagi menghasilkan projek penjenamaan tersebut. Berikut adalah hasil kerja UVPH untuk Al Jazeera English.
Jumlah capaian antarabangsa Al Jazeera English dianggarkan pada sekitar 80 juta isi rumah. Ia kini merupakan antara tiga saluran berita 24 jam berbahasa Inggeris terbesar di dunia selepas BBC World dan CNN International.
Berikut adalah beberapa petikan menarik dari saluran Al Jazeera English.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.