Dr. Ahmed Abdul Salam Mohamed al-Raysuni atau Dr Ahmad Al-Raysuni (lahir 1953) adalah seorang pakar fiqah Islam dari Maghribi. Beliau merupakan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa. Beliau adalah bekas ketua Gerakan Kesatuan dan Pembaharuan (MUR), sayap gerakan masyarakat bagi parti Islam di Maghribi, Parti Keadilan dan Pembangunan (JDP). Jalur intelektualnya dapat dikesan dengan gerakan reformis Salafist di Maghribi, yang dimulakan oleh Allal al-Fasi. Ulama mazhab Maliki kontemporari seperti Muhammad al-Tahir ibn Ashur dan Abdullah Bin Bayyah turut mempengaruhi beliau.[1] Pada masa ini, beliau mengajar di Qatar, Maghribi dan pelbagai negara lain. [2]
Fakta Segera Syeikh Dr., Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa ...
Tutup
Dilahirkan di Ksar el-Kebir di Maghribi, beliau menghabiskan pendidikan rendah dan menengah di bandar kelahirannya. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda beliau dalam bidang Shariah dari Universiti Al-Qarawiyyin di Fez pada tahun 1978. Beliau menamatkan pengajian pascasiswazah di Fakulti Seni dan Sains Manusia di Universiti Mohammed V di Rabat pada tahun 1986, kemudian diploma pascasiswazah (Sarjana) pada tahun 1989 dan kedoktoran (Ph.D) pada tahun 1992.
Pada 28 Ogos 2022, Ahmed al-Raysuni meletak jawatan daripada jawatan presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa selepas menimbulkan bantahan kerana kenyataannya baru-baru ini mengenai seruan jihad di Algeria dan Mauritania.
Persatuan Ulama Islam Algeria telah memutuskan untuk membekukan keahliannya dalam Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, berikutan kenyataannya.
Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, sebuah pertubuhan terkemuka yang dekat dengan Qatar dan Ikhwanul Muslimin, menafikan kenyataan Raysuni dan menganggapnya sebagai "pendapat peribadi semata-mata yang tidak menyangkut institusi", sambil mendiamkan diri pada ucapannya yang mengajak untuk "berarak ke Laâyoune dan Tindouf"..
Pertubuhan ilmu
- Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa[3] - Beliau merupakan anggota pengasas Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa dan menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah kesatuan tersebut sejak ditubuhkan. Beliau terpilih menjadi Timbalan Presiden pada tahun 2013. Pada tahun 2018, beliau terpilih menjadi Presiden kedua kesatuan tersebut, selepas Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengundurkan diri.
- International Institute of Islamic Thought[4] - Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat akademik bagi IIIT, sebuah institusi berpangkalan di Amerika Syarikat.
- Persatuan Ulamak Maghribi[4] - Beliau pernah menjadi anggota persatuan ini sebelum persatuan ulamak tersebut dibubarkan pada tahun 2006.
- Persatuan Masa Depan Islam[4] - Beliau mengetuai persatuan yang berpangkalan di Rabat, Maghribi ini dari tahun 1994 hingga 1996
- Liga Ulamak Sunni[5] - Beliau merupakan pengerusi bagi liga ulamak tersebut
- Akademi Fiqh Islam Antarabangsa[5] - Beliau menjadi ahli bagi akademi yang berpusat di Jeddah tersebut.
- Akhbar Al-Tajdeed[4] - Beliau pernah menjadi pengarah bagi akhbar berbahasa Arab yang berpusat di Maghribi itu.
Institusi Pengajian Tinggi
- Universiti Sultan Zainal Abidin[6], Terengganu, Malaysia - menjadi Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam di universiti tersebut
- Universiti Zayed[7], Qatar - beliau menjadi Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Islam di universiti tersebut
- Universiti Mohammed V[7], Rabat, Maghribi - Beliau pernah menjadi profesor Usul Fiqh dan Maqasid Syariah di sana.
Lapangan akademik beliau banyak memberi fokus tentang Imam Al-Shatibi yang tertumpu pada Usul Fiqh dan maqasid syariah. Karya beliau banyak diterjemahkan kepada beberapa bahasa termasuklah Bahasa Inggeris, Parsi, Urdu, Bosnia dan Bahasa Melayu.
Karya edisi Bahasa Arab
- Ahmed Al-Raissouni (2020). مقاصد الشريعة الاسلامية في ضوء السنة النبوية الشريفة جـــ 2 منهجية الكشف عن مقاصد الشريعة من السنة النبوية وتنزيلها (ed. Arabic). London: Al-Furqan Islamic Heritage Foundation. ISBN 9781788145046.
- Ahmed Al-Raissouni (2019). مقاصد الشريعة الاسلامية في ضوء السنة النبوية الشريفة جـــ 1 منهجية فهم السنة النبوية الشريفة ومقاصدها (ed. Arabic). London: Al-Furqan Islamic Heritage Foundation. ISBN 978-1-78814-623-4.
- Ahmed Al-Raissouni (2019). قواعد المقاصد (ed. Arabic). London: Al-Furqan Islamic Heritage Foundation. ISBN 978-178-814-505-3.
- Ahmed Al-Raissouni (2018). مقاصد الايات بين عموم اللفظ وخصوص السبب (ed. Arabic). London: Al-Furqan Islamic Heritage Foundation.
- Ahmed Al-Raissouni (2014). القواعد الأساس لعلم مقاصد الشريعة (ed. Arabic). London: Al-Furqan Islamic Heritage Foundation. ISBN 978-1-905650-37-8.
- Ahmad al-Raysuni (2012). الأمة هي الأصل (ed. Arabic). Beirut: الشبكة العربية للأبحاث والنشر. ISBN 9789953533780.
- Ahmad al-Raysuni (2010). مدخل إلى مقاصد الشريعة (ed. Arabic). Beirut: دار السلام للطباعة والنشر والتوزيع والترجمة. ISBN 9789773427948.
- Ahmad al-Raysuni (2002). الاجتهاد النص الواقع المصلحة (ed. Arabic). Damsyik: دار الفكر.
- Ahmad al-Raysuni (1992). نظرية المقاصد عند الإمام الشاطبي (ed. Arabic). Beirut: Al-Muassasah Al-Jami'iyah li al-Dirasat wa al-Nashr wa al-Tauzi'.
Karya edisi Bahasa Inggeris
- Ahmad al-Raysuni (2016). Book-In-Brief: Al-Shura: The Qur'anic Principle of Consultation. Virginia: International Institute of Islamic Thought.
- Ahmad al-Raysuni (2016). Book-in-Brief: Imam Al-Shatibi's Theory of the Higher Objectives and Intents of Islamic Law. Virginia: International Institute of Islamic Thought.
- Ahmad al-Raysuni (2013). Al-Shura: The Qur’anic Principle of Consultation. Virginia: International Institute of Islamic Thought. ISBN 978-1-56564-361-1.
- Ahmad al-Raysuni (2005). Imam Al-Shatibi’s Theory of the Higher Objectives and Intents of Islamic Law. Virginia: International Institute of Islamic Thought. ISBN 1-56564-412-3.
- Ahmad al-Raysuni (2001). Islamic "Waqf Endowment" : Scope and Implications. Rabat: Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization.
Karya edisi Bahasa Tamil
- Ahmad al-Raysuni (2016). Al-Shura: Kalanthalosiththal patriya Qur’aniya Kotpadu [Al-Shura: The Qur’anic Principle of Consultation]. Sri Lanka: International Institute of Islamic Thought. ISBN 978-955-8398-25-8.
Karya edisi Bahasa Perancis
- Ahmad al-Raysuni (2013). La Sura: Le principe de délibération collective [Al-Shura: The Qur’anic Principle of Consultation]. Paris: L'Harmattan. ISBN 978-955-8398-25-8.
Karya edisi Bahasa Rusia
- Ахмада аль-Райсуни (Ahmad Al-Raysuni) (2017). Аль-Шура: Коранический принцип совещания [Al-Shura: The Qur’anic Principle of Consultation]. International Institute of Islamic Thought. ISBN 978-966-7927-39-4.
Karya edisi Bahasa Melayu
- Ahmad al-Raysuni (2018). Prinsip dan Kaedah Universal Dalam Shar'iah: Sebuah Perbahasan Dalam Ilmu Maqasid Al-Shar'iah. Diterjemahkan oleh Marwan Bukhari. Kuala Lumpur: Maqasid Institute Malaysia. ISBN 9789671558911.
- Ahmad al-Raisuni (2017). Syura & Demokrasi Dari Perspektif Maqasid al-Shari'ah. Diterjemahkan oleh Rosli Mokhtar. Shah Alam: Institut Darul Ehsan. ISBN 9789672066163.
- Ahmad al-Raisuni (2016). Kebebasan dan Pembebasan: Perbahasan Dalam Konteks Maqasid Shari'ah. Diterjemahkan oleh Mohd Khairul Anwar Ismail. Shah Alam: Institut Darul Ehsan. ISBN 9789671406977.
- Ahmed Raissouni (2015). Kuasa Rakyat: Menanggapi Isu-Isu Demokrasi, Kebebasan Bersuara dan Kesenian. Diterjemahkan oleh Zolkharnain Abidin. Nilai: ILHAM Books. ISBN 9789671292464.
Ovamir Anjum, Salafis and Democracy: Doctrine and Context. Hartford Seminary, 2016. Retrieved 9-9-2017.