From Wikipedia, the free encyclopedia
Agave ialah genus tumbuhan berbunga monokotiledon yang tumbuh asli di kawasan-kawasan panas dan gersang benua Amerika, walaupun ada beberapa spesies genus ini yang tumbuh asli di kawasan-kawasan tropika Amerika Selatan. Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai daun dan batang tebal mengandungi banyak air untuk mandiri dalam persekitaran sedikit air.[3]
Agave | |
---|---|
Agave americana | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | Asparagales |
Keluarga: | Asparagaceae |
Subkeluarga: | Agavoideae |
Genus: | Agave |
Spesies jenis | |
Agave americana | |
Spesies | |
Lihat teks | |
Sinonim[1] | |
|
Banyak spesies genus Agave tumbuh sangat perlahan.[3]
Nama genus Agave dijejak daripada perkataan bahasa Yunani Purba αγαυή agauê daripada ἀγαυός agauós bermaksud "ternama, mulia"[4][5] kerana bulir-bulir bunga yang sangat tinggi ditemukan pada banyak spesies genus ini.[6] Nama tersebut diberikan Carl Linnaeus pada tahun 1753 kepada empat spesies.[2]
Daun-daun pokok genus ini disusun melingkar dan rapat.[3] Setiap helai daun ini tebal, bergerigi di sisi dengan duri sangat tajam di hujung dan banyak serat dalamnya.[7] Batang pokok genus sangat pendek menjadikan ia nampak seperti tidak berbatang.
Sebatang bulir tumbuh daripada tengah lingkaran daun mencecah ketinggian hingga 12 meter (40 kaki),[8] bulir ini mengeluarkan bunga yang kecil dan berbentuk torak. Kadang-kadang, batang bulir ini juga menumbuhkan anak pokok pada ketiaknya. Ada jenis pokok Agave yang berbunga selepas 60 tahun.[8]
Selepas batang bulir ini didebungakan dan menghasilkan buah, lingkaran daun spesies monokarpik mati. Walau bagaimanapun, banyak spesies Agave menumbuhkan sulur berimpang atas akar pangkal lingkaran daun tersebut;[3](p30) sulur-sulur tersebut tumbuh menjadi tumbuhan baru selepas lingkaran ini layu dan mati.[3][halaman diperlukan]
Bunga-bunga spesies Agave yang tumbuh pada musim terakhirnya boleh dimakan. Tangkai bulirnya dipanggang dan dikunyah untuk mengekstrak airnya atau aguamiel yang manis seperti tebu.
Semasa pembentukan bulir, cecair pokok seperti nira masuk ke pangkal batang bulir. Cecair ini dijadikan sirap yang digunakan sebagai pemanis alternatif menggantikan gula dalam masakan, dan boleh ditambahkan ke dalam bijirin sarapan sebagai agen penyatu.[9] Cecair dari spesies-spesies seperti A. americana atau A. tequilana juga ditapai menghasilkan arak mezcal; salah satu jenis arak ini yang paling terkenal ialah tequila.[3]
Serat daun spesies Agave americana dikenali sebagai pita sesuai menghasilkan tali, jala, beg, karung, tikar atau kain kasar.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.