Adam dan Hawa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Adam dan Hawa, merupakan pasangan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah menurut kepercayaan agama-agama Ibrahimik ,[1][2]mereka adalah teras kepada kepercayaan bahawa manusia pada dasarnya adalah satu keluarga dan semua orang didunia adalah bersaudara.[3]
Menurut Islam, Adam diciptakan daripada tanah di dalam Al-Quran[4] dan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam menurut Hadis. Mereka di tempatkan di syurga dan hidup dengan gembira. Walau bagaimanapun, mereka dihantar ke dunia setelah memakan buah Khuldi yang dilarang oleh Allah SWT dan untuk mendiami bumi.
Menurut Kristian, dalam Kitab Kejadian dari Alkitab Ibrani, bab satu hingga lima, terdapat dua naratif penciptaan dengan dua perspektif yang berbeza. Pada mulanya, Adam dan Hawa tidak dinamakan. Sebaliknya, Allah menciptakan manusia menurut gambar Tuhan dan memerintahkan mereka untuk berkembang biak dan menjadi pengurus atas segala sesuatu yang Tuhan ciptakan. Dalam naratif kedua, Allah membentuk Adam dari debu dan menempatkannya di Taman Eden (Syurga). Selepas itu, Hawa diciptakan daripada salah satu tulang rusuk Adam untuk menjadi pendampingnya. Walau bagaimanapun, seekor ular berupa manusia menyakinkan Hawa untuk memakan buah dari pokok terlarang, dan dia memberikan sebahagian daripada buah itu kepada Adam. Perbuatan ini bukan sahaja memberi mereka pengetahuan tambahan, tetapi ianya memberikan mereka keupayaan untuk menimbulkan konsep negatif dan kerosakkan seperti malu dan kejahatan. Kemudian Allah mengusir mereka dari Taman Eden ke bumi.