![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/65/Lucas_Cranach_d._%25C3%2584._035.jpg/640px-Lucas_Cranach_d._%25C3%2584._035.jpg&w=640&q=50)
Taman Eden
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taman Eden (bahasa Ibrani גן עדן, Gan Eden; (Arab: جنة عدنcode: ar is deprecated , Jannatu 'Adn) adalah sebuah tempat yang diceritakan dalam Kitab Kejadian serta dalam al-Quran dari kitab-kitab pegangan umum penganut kelompok agama samawi. Cerita Taman Eden mengisahkan tentang bagaimana Tuhan menciptakan Adam dan Hawa, memerintahkan mereka untuk tidak memakan buah khuldi dari Pohon Pengetahuan tentang yang Baik dan yang Jahat, dan bagaimana mereka dikeluarkan dari taman tersebut setelah melanggar perintahNya, kerana tergoda oleh hasutan Iblis @ syaitan yang menyerupai seekor ular, dan memakan buah dari pohon Pengetahuan tersebut. Selepas tragedi pengusiran tersebut, kerubin (malaikat-malaikat kecil) dan sebuah pedang berapi dipasang di depan taman tersebut, untuk mencegah manusia kembali dan memakan buah dari Pohon Pengetahuan.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/65/Lucas_Cranach_d._%C3%84._035.jpg/640px-Lucas_Cranach_d._%C3%84._035.jpg)
Orang Kristian biasanya menghubungkan ular dengan Iblis, meskipun hal tersebut tidak dinyatakan secara jelas.
Dalam cerita Bible, taman tersebut terletak di Eden (Kej. 2:8), dan oleh kerana itu "Eden" menandakan sebuah wilayah yang lebih besar yang merupakan tempat di taman itu dan bukan nama taman tersebut. Dan oleh kerana itu taman tersebut terletak di Eden.
Untuk penghubungan antara Taman Eden dengan firdaus (taman syurga dalam agama Timur-Tengah), lihat bawah.