From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Billy Abit Joo ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Hulu Rajang selama lima penggal (1990-2013).
Datuk Billy Abit Joo PJN, KMN | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Hulu Rajang | |
Dalam jawatan 1990 – 2013 | |
Didahului oleh | Justine Jinggot |
Digantikan oleh | Wilson Ugak Kumbong |
Majoriti | 1,193 (PRU-8) 3,647 (PRU-9) 4,133 (PRU-10) 3,666 (PRU-11) 2,164 (PRU-12) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 10 Mei 1949 (75 tahun) |
Parti politik | PRS Parti Rakyat Sarawak |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Billy Abit Joo pernah merasmikan regata mini bagi masyarakat orang Penan yang diadakan di Lusong Laku dalam daerah Belaga, yang memakan masa lapan jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan tanah merah.[1] Ekspedisi ini menarik penduduk bukan sahaja dari dari Lusong Laku tetapi juga dari kampung Penan di ulu termasuk Long Tanyit (sekitar dua setengah jam perjalanan bot dari Lusong Laku dengan menggunakan 'Stinting'), dari Long Abit dan Long Kajang.
Di parlimen, Billy Abit Joo pernah menyokong petisyen pembangkang supaya kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada Oktober 2008, satu-satunya Ahli Parlimen BN yang berbuat demikian.[2][3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.