Loading AI tools
Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas
Terdapat dua set sistem angka dalam bahasa Vietnam, yaitu yang berdasarkan nomor Vietnam asli dan juga Sino-Vietnam yang mendapat pengaruh angka Tiongkok.
Artikel ini perlu diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia. |
Seperti halnya bahasa Vietnam yang mendapat pengaruh Tiongkok yang kuat, bahasa Jepun dan bahasa Korea juga menggunakan dua sistem—sistem asli dan sistem Tiongkok. Tetapi penggunaan sistem Tiongkok adalah lebih meluas dalam kedua bahasa tersebut, dibandingkan dalam bahasa Vietnam. Nomor dari 1 hingga 1000 masih diungkapkan dalam sistem Vietnam asli dan hanya beberapa nomor (seperti 1,000,000, triệu diungkapkan dalam sistem Tiongkok.
Dalam sistem tulisan Vietnam, nomor dari setiap sistem dapat ditulis dengan dua cara. Dalam tulisan modern, nomor dari kedua sistem tersebut ditulis dalam aksara yang dirumikan yaitu quốc ngữ. Dalam tulisan lama, yang menggunakan Hán-Nôm (karakter), nomor dari sistem Tiongkok ditulis dalam Hán tự dan nomor dari sistem Vietnam asli ditulis dalam Chữ Nôm.
Bentuk dasar sistem penomoran Vietnam mengandungi beberapa aspek seperti berikut:
Jadual berikut merupakan gambaran keseluruhan bentuk angka Vietnam yang asas, diberi dalam kedua-dua bentuk asli dan Sino-Viet. Untuk setiap nombor, sel bagi bentuk yang lebih biasa digunakan akan diwarnakan. Perbezaan dalam pembacaan antara dialek Hanoi dan Saigon ada dinyatakan di dalam nota-nota di bawah.
Nombor | Sino-Vietnam | Vietnam asli | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|
Hán tự | Quốc Ngữ | Chữ Nôm | Quốc Ngữ | ||
0 | 空 • 〇(零) | không • linh | (tiada) | (tiada) | Perkataan pinjaman "zêrô (zêro, dê-rô)" sering digunakan dalam penerbitan berkaitan fizik. |
1 | 一(壹) | nhất | 𠬠 | một | |
2 | 二(貳) | nhị | 𠄩 | hai | |
3 | 三(叄) | tam | 𠀧 | ba | |
4 | 四(肆) | tứ | 𦊚 | bốn | Dalam sistem nombor ordinal, perkataan Sino-Viet "tư/四" adalah lebih sistematik dan lebih banyak digunakan |
5 | 五(伍) | ngũ | 𠄼 | năm | Dalam dialek Hanoi, "lima" boleh juga disebut "lăm" apabila menjadi sebahagian dari nombor dua digit berakhir dengan 5 (seperti 15, 25, 35...) untuk mengelak kekeliruan dengan kata sebunyi dengan năm, contohnya "năm/𢆥", yang bermaksud "tahun umur". |
6 | 六(陸) | lục | 𦒹 | sáu | |
7 | 七(柒) | thất | 𦉱 | bảy | Dalam sesetengah dialek Vietnam, ia juga dibaca "bẩy". |
8 | 八(捌) | bát | 𠔭 | tám | |
9 | 九(玖) | cửu | 𠃩 | chín | |
10 | 十(拾) | thập | 𨒒 | mười | |
100 | 百(佰) | bách | 𤾓 • 𠬠𤾓 | trăm • một trăm | Perkataan Sino-Viet "bách/百" lebih biasa digunakan sebagai morfem (dalam kata majmuk), dan jarang digunakan dalam bidang matematik sebagai satu digit. Contoh: "bách phát bách trúng/百發百中". |
1,000 | 千(仟) | thiên | 𠦳 • 𠬠𠦳 | nghìn (ngàn) • một nghìn (ngàn) | Perkataan Sino-Viet "thiên/千" lebih biasa digunakan sebagai morfem, tetapi jarang digunakan dalam matematik. Contoh: "thiên kim/千金". "nghìn" ialah pembacaan piawai di Vietnam utara, sementara "ngàn" ialah sebutan di selatan. |
10,000 | 萬 • 𠬠萬 | vạn • một vạn | 𨒒𠦳 | mười nghìn (ngàn) | "một/𠬠" di dalam "một vạn/𠬠萬" ialah morfem asli Vietnam. |
100,000 | 億 • 𠬠億 • 𨒒萬 | ức • một ức • mười vạn[2] | 𤾓𠦳 • 𠬠𤾓𠦳 | trăm nghìn (ngàn) • một trăm nghìn (ngàn) | "mười/𨒒" dan "một/𠬠" di dalam "mười vạn/𨒒萬" dan "một ức/𠬠億" adalah morfem asli Vietnam. |
1,000,000 | 兆 • 𠬠兆 • 𠬠𤾓萬 | triệu • một triệu • một trăm vạn[3] | (tiada) | (tiada) | "một/𠬠" dan "trăm/𤾓" di dalam "một triệu/𠬠兆" dan "một trăm vạn/𠬠𤾓萬" adalah morfem asli Vietnam. |
10,000,000 | 𨒒兆 | mười triệu | (campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet) | (campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet) | "mười/𨒒" di dalam "mười triệu/𨒒兆" ialah morfem asli Vietnam. |
100,000,000 | 𤾓兆 | trăm triệu | (campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet) | (campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet) | "trăm/𤾓" di dalam "trăm triệu/𤾓兆" ialah morfem asli Vietnam. |
1,000,000,000 | 秭[4] | tỷ | (tiada) | (tiada) |
Nombor | Hán-Nôm | Quốc Ngữ | Nota |
---|---|---|---|
11 | 𨒒𠬠 | mười một | |
12 | 𨒒𠄩 • 𠬠 tá | mười hai • một tá | "một tá/𠬠 tá" sering digunakan di dalam hal yang berkaitan matematik, di mana "tá" mewakili kata pinjaman "dozen". |
14 | 𨒒𦊚 • 𨒒四 | mười bốn • mười tư | "mười tư/𨒒四" sering digunakan di dalam hal berkaitan sestera, di mana "tư/四" berasal dari perbendaharaan kata Sino-Viet. |
15 | 𨒒𠄻 | mười lăm | Di sini, "lima" disebut "lăm". |
19 | 𨒒𠃩 | mười chín | |
20 | 𠄩𨒒 • 𠄩𨔿 | hai mươi • hai chục | |
21 | 𠄩𨒒𠬠 | hai mươi mốt | Bagi nombor yang mengandungi digit 1 dari 21 hingga 21, nombor 1 disebut "mốt". |
24 | 𠄩𨒒四 | hai mươi tư | Apabila digit 4 muncul dalam nombor selepas 20, "tư/四" adalah lebih biasa digunakan. |
25 | 𠄩𨒒𠄻 | hai mươi lăm | Di sini, lima disebut "lăm". |
50 | 𠄼𨒒 • 𠄼𨔿 | năm mươi • năm chục | Apabila "𨒒" (10) muncul selepas nombor 20, sebutannya berubah kepada "mươi". |
101 | 𠬠𤾓零𠬠 • 𠬠𤾓𥘶𠬠 | một trăm linh một • một trăm lẻ một | Walaupun "một trăm linh một/𠬠𤾓零𠬠" adalah dalam bentuk piawai, ia hanya biasa digunakan di Vietnam utara, di mana "linh/零" berasal dari perbendaharaan kata Sino-Vietnam; "một trăm lẻ một/𠬠𤾓𥘶𠬠" lebih biasa digunakan di selatan. |
1001 | 𠬠𠦳空𤾓零𠬠 • 𠬠𠦳空𤾓𥘶𠬠 | một nghìn (ngàn) không trăm linh một • một nghìn (ngàn) không trăm lẻ một | Apabila tempat digit ratus diduduki oleh sifar, nombor ini diungkapkan dengan "không trăm/空𤾓". |
10055 | 𨒒𠦳空𤾓𠄼𨒒𠄻 | mười nghìn (ngàn) không trăm năm mươi lăm |
Nombor ordinal Vietnam umumnya didahului oleh awalan "thứ", yang merupakan perkataan Sino-Viet yang bersamaan dengan 次". Untuk nombor ordinal bagi satu dan empat, pembacaan Sino-Viet nhất/一" dan "tư/四" adalah lebih biasa digunakan; kadang-kadang, dua juga dinyatakan dengan perkataan Sino-Viet "nhì/二". Dalam semua kes yang lain, nombor asli Vietnam digunakan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.