Titanic (filem 1997)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Titanic merupakan sebuah filem pemenang Anugerah Akademi 1997 yang dikeluarkan oleh 20th Century Fox dan Paramount Pictures. Filem ini menceritakan tentang nasib malang yang menimpa RMS Titanic apabila ia tenggelam saat dalam pelayaran sulungnya pada 1912. Filem ini memenangi 11 Anugerah Akademi pada 23 Mac 1998 termasuk Filem Terbaik 1997. Pada 2006, Titanic menjadi filem panggung pecah terbaik dalam sejarah perfileman. Filem ini harus dibezakan dengan filem Titanic 1953, mahupun filem televisyen yang mempunyai tajuk yang sama pada 1996.
Titanic | |
---|---|
Pengarah | James Cameron |
Penulis | James Cameron |
Dihasilkan oleh | Jon Landau James Cameron |
Dibintangi | Leonardo DiCaprio Kate Winslet Billy Zane Frances Fisher Kathy Bates Gloria Stuart Bill Paxton |
Sinematografi | Russell Carpenter |
Disunting oleh | Conrad Buff IV James Cameron Richard A. Harris |
Muzik oleh | James Horner |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | -Antarabangsa- 20th Century Fox -As/Kanada- Paramount Pictures |
Tarikh tayangan | 31 Oktober 1997 19 Disember 1997 23 Januari 1998 |
Masa tayangan | 194 min. |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | AS$200,000,000[3] |
Pecah panggung | AS$1,845,034,188 (seluruh dunia) |
Titanic memegang rekod (bersama Ben-Hur dan The Lord of the Rings: The Return of the King) bagi filem yang paling menyerlah dalam Anugerah Akademi iaitu memenangi 11 anugerah termasuk anugerah Filem Terbaik.
Tag filem ini adalah "Berlanggar dengan Nasib" - "Collide with Destiny" dan "Tiada di atas dunia yang mampu memisahkan mereka" - "Nothing on Earth could come between them."