Sungai Niger
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sungai Niger merupakan sungai utama di barat Afrika, panjangnya kira-kira 4,180 km (2,600 bt). Luas lembangan salirannya ialah 2,117,700 km2 (817,600 bt2).[3] Sumbernya dari Guinea Highlands di tenggara Guinea. Sungai Niger mengalir berbentuk anak bulan melalui Mali, Niger, sempadan dengan Benin dan kemudiannya melalui Nigeria, mengalir melalui delta besar, dikenali sebagai Delta Niger atau Oil Rivers, ke Teluk Guinea ke dalam Lautan Atlantik.
Fakta Segera Countries, Major cities ...
Sungai Niger | |
---|---|
le fleuve Niger | |
Sungai Niger di Koulikoro, Mali. | |
Name origin: Tidak diketahui. Mungkin dari bahasa Berber untuk Sungai gher | |
Countries | Guinea, Mali, Niger, Benin, Nigeria |
Major cities | Tembakounda, Bamako, Timbuktu, Niamey, Lokoja, Onitsha |
Length | 4,180 km (2,597 mi) |
Watershed | 2,117,700 km² (817,649 mi²) |
Discharge at | Delta Niger |
- average | 5,589 m³/s (197,374 ft³/s) [1] |
- maximum | 27,600 m³/s (974,685 ft³/s) [2] |
- minimum | 500 m³/s (17,657 ft³/s) |
Mouth | |
- location | Gulf of Guinea, Nigeria |
Major tributaries | |
- left | Sungai Sokoto, Sungai Kaduna, Sungai Benue |
- right | Sungai Bani |
Peta Sungai Niger, dan Lembangan Sungai Niger ditunjukkan dalam warna hijau
| |
Tutup
Sungai ini merupakan sungai ketiga terpanjang di Afrika selepas sungai-sungai Nil dan Congo (juga dikenali sebagai Sungai Zaïre). Anak sungai utama ialah Sungai Benue.