Menara Berkembar Petronas
menara berkembar Petronas kuala lumpur / From Wikipedia, the free encyclopedia
Menara Berkembar PETRONAS (Tulisan Jawi: منارا بركمبر ڤيترونس) di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[4] Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan. Menara Berkembar Petronas telah majlis pembukaan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad sempena ulang tahun Petronas ke-25 dengan tajuk pesta perak dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42 pada 31 Ogos 1999.
Menara Berkembar Petronas منارا برکمبر ڤيترونس | |
---|---|
| |
Maklumat | |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Status | Siap dibina |
Tempoh pembinaan | 1993–1996 |
Kegunaan | Pejabat |
Dibuka | 31 Ogos 1999 |
Musnah | {{{musnah}}} |
Ketinggian | |
Antena/Puncak | 452.0 m (1,482.9 ka)[2] |
Bumbung | 378.6 m (1,242.1 ka) |
Tingkat atas | 375.0 m (1,230.3 ka) |
Maklumat teknikal | |
Bilangan tingkat | 88 |
Keluasan tingkat | 395,000 m² (4,252,000 sq ft) (1 & 2) |
Bilangan lif | 78 (1 & 2) |
Kos | AS$ 1.6 bilion [3] |
Syarikat-syarikat | |
Arkitek | César Pelli |
Jurutera | Thornton Tomasetti dan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd |
Kontraktor | Hazama Corp. (Menara 1) Samsung C&T (Menara 2) |
Pemaju | |
Pemilik | Petronas |
*Pernah menjadi bangunan tertinggi didunia. |