Maszlee Malik
ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Prof Dr. Maszlee Malik (Jawi: مزلي بن مالكcode: ms is deprecated ; Cina: 马智礼; pinyin: Mǎzhìlǐ[1] lahir 19 Disember 1974) merupakan ahli politik Malaysia, Professor, pensyarah, penulis, intelektual awam dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia sejak Mac 2023.[2] Beliau juga seorang profesor di Fakulti Psikologi dan Sains Sosial di Universiti Cyberjaya sejak Mac 2023. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen (MP) Simpang Renggam dari Mei 2018 hingga November 2022.[3] Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga peletakan jawatannya pada Januari 2020[4] dan juga Presiden ke-7 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2018. Beliau merupakan ahli politik bebas, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ketika itu parti komponen gabungan PH, dan kini Ahli Majlis Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama 18 tahun dan telah menulis beberapa buku dan artikel di dalam negara dan luar negara.[5]
Maszlee Malik مزلي بن مالک 马智礼 | |
---|---|
Pengerusi, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS Malaysia) Professor, University of Cyberjaya (UoC) | |
Memegang jawatan 7 April 2023 | |
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dipilih) | |
Dalam jawatan 2022–2022 | |
Ketua PKR cabang Simpang Renggam | |
Memegang jawatan 2022 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Simpang Renggam, Johor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Liang Teck Meng |
Digantikan oleh | Hasni Mohamad |
Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 3 Januari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Teo Nie Ching |
Didahului oleh | Mahdzir Khalid |
Digantikan oleh | Mohd Radzi Md Jidin (Pendidikan) Noraini Ahmad (Pengajian Tinggi) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1974-12-19) 19 Disember 1974 (umur 49) Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Parti politik | PPBM (12.03.2018 - 28.05.2020) Bebas (28.05.2020 - 27.07.2021) PKR (28.11.2021 - kini) |
Sekutu gabungan politik lain | PH (12.03.2016 - kini) |
Pasangan | Dr. Hamidah Mat |
Anak-anak | 4 |
Pendidikan | Ph.D (Sains Politik) |
Alma mater | Universiti Durham |
Pekerjaan | Ahli politik, Professor, Penulis, Intelektual Awam |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Laman web rasmi | maszlee |