Barisan Nasional
Gabungan parti politik di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Barisan Nasional (juga dikenali sebagai BN) merupakan parti gabungan di Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan. Barisan Nasional terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Barisan Nasional memenangi 30 kerusi Parlimen di Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan merupakan anggota Kerajaan Perpaduan di Kerajaan Persekutuan bersama-sama PH, GPS, GRS, WARISAN, KDM dan PBM. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1. BN juga mempunyai 4 ketua Kerajaan Negeri iaitu Saarani Mohamad (MB Perak), Wan Rosdy Wan Ismail (MB Pahang), Ab Rauf Yusoh (KM Melaka) dan Onn Hafiz Ghazi (MB Johor) dan bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Barisan Nasional باريسن ناسيونل | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | National Front |
Nama Bahasa Cina | 国民阵线 |
Nama Bahasa Tamil | தேசிய கூட்டணி |
Singkatan | BN |
Pengerusi | Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi |
Setiausaha agung | Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir |
Timbalan Pengerusi | Dato Seri Mohamad Hasan |
Naib Pengerusi | |
Ketua Whip Parlimen | Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi |
Pengasas | Tun Abdul Razak Dato' Hussein |
Ditubuhkan | 1 Januari 1973; 51 tahun yang lalu (1973-01-01) |
Disahkan | 1 Jun 1974 (sebagai sebuah parti) |
Didahului oleh | Perikatan[1][2] |
Digantikan oleh | Gabungan Rakyat Sabah (di Negeri Sabah) (2022)[3] |
Ibu pejabat | Aras 8, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia |
Akhbar | Akhbar rasmi BN
|
Sayap belia | Pergerakan Pemuda Barisan Nasional |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita Barisan Nasional |
Sayap Puteri | Pergerakan Puteri Barisan Nasional |
Keanggotaan (2022) | • 3.39 ribu (UMNO) • 19,576 (MCA) • 18,950 (MIC) • 10,264 (PBRS) |
Ideologi | |
Kedudukan politik | Kanan tengah ke sayap kanan |
Warna | Biru dan Putih |
Slogan |
|
Dewan Negara: | 23 / 70
|
Dewan Rakyat: | 30 / 222
|
Dewan Undangan Negeri: | 118 / 607
|
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
www www |