Gabungan Parti Sarawak
gabungan parti politik kebangsaan di Sarawak / From Wikipedia, the free encyclopedia
Gabungan Parti Sarawak (singkatan: GPS) adalah gabungan parti politik berbilang kaum di Sarawak, Malaysia. Gabungan politik tempatan ini telah disahkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 19 November 2018.[1][2] Dalam Dewan Rakyat terkini, setakat November 2022, GPS membentuk blok keempat terbesar. Di peringkat negeri, GPS merupakan blok dominan, dengan memiliki majoriti dua-per-tiga dan gabungan ini mempromosikan kesatuan diantara presiden parti-parti tempatan dan rakyat-rakyat tempatan.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) | |
---|---|
Nama Melayu | Gabungan Parti Sarawak ݢابوڠن ڤرتي سراوقcode: ms is deprecated |
Nama Cina | 砂拉越政黨聯盟code: zh is deprecated 砂拉越政党联盟code: zh is deprecated Shālāyuè zhèngdǎng liánméngcode: zh is deprecated |
Singkatan | GPS |
Presiden | Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg |
Setiausaha agung | Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof (pemangku) |
Timbalan Presiden | • Datuk Amar Douglas Uggah Embas • Dato' Sri Dr. Sim Kui Hian • Dato' Joseph Salang Gandum |
Pengasas | Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg |
Diasaskan | 12 Jun 2018 (2018-06-12) |
Disahkan | 19 November 2018[1][2] |
Didahului oleh | Parti Perikatan Sarawak (1963-1973) (Secara tidak langsung dari pemerintahan awal "Parti Perikatan") |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Akhbar | • Jiwa Bakti • Suara Sarawak • Malay Mail • Sa'ati Media tidak rasmi: • See Hua Daily News • The Borneo Post • Utusan Borneo • TVS • DayakDaily (online news) • Radio Televisyen Malaysia (RTM) • Media Prima Berhad (MPB) • Astro Awani (Astro) • CNA (Singapura) |
Sayap pelajar | Gerakan Mahasiswa GPS |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda GPS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita GPS |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Hak Bumiputera negeri Marhaenisme negeri Kerjasama pelbagai kaum Hak kebajikan rakyat Kuasa politik rakyat Hak peribumi Sarawak Kestabilan politik negeri Hak ekonomi negeri Kerajaan yang adil Demokrasi semua kaum Sekularisme negeri Berfikiran kritis dan sahih |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kanan |
Penggabungan kebangsaan | Rakan gabungan: • Barisan Nasional (1973–2018) (sebagai BN Sarawak) • Gabungan UMNO–BN (2020–2022) (sebagai rakan politik nasional) • Gabungan Perpaduan PH+BN (sejak 2022) • Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2023) |
Warna | Hitam dan Merah |
Slogan | Utamakan Sarawak[3][4] |
Lagu parti | "GPS Utamakan Sarawak"[5] |
Dewan Negara: | 4 / 70 |
Dewan Rakyat: | 23 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 76 / 82 |
Premier Sarawak: | 1 / 1 (hanya di Sarawak) |
Bendera parti | |
(Bendera rasmi GPS) | |
Laman sesawang | |
https://gpsarawak.com/parlimen | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
GPS dipromosikan sebagai sebuah gabungan parti yang universal, bebas, dan juga dapat menyokong atau menentang sebarang idea, kenyataan, dan cadangan daripada pihak kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang di seluruh Malaysia.[6] Walau bagaimanapun, GPS juga pernah dikritik pihak pembangkang kerana dakwaan penindasan terhadap pembangkang dan pembesar yang tak sehaluan.[7]