Koh Tsu Koon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Cina: 许子根, pinyin: Xǔ Zǐgēn; lahir 26 Ogos 1949) ialah seorang ahli politik dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-3. Pada pilihan raya umum 2008, Koh memutuskan untuk tidak bertanding bagi kerusi DUN, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Kawan. Walau bagaimanapun, calon Parti Tindakan Demokratik, P Ramasamy, menewaskan Koh dalam perlawanan dua penjuru. Beliau merupakan bekas menteri di dalam jabatan perdana menteri bertanggungjawab atas portfolio perpaduan and prestasi.
→
"Tsu Koon" dilencongkan di sini. Jangan dikelirukan dengan sukun.
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Koh.
Fakta Segera Yang Berbahagia Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon PSM; PhD, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi ...
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon PSM; PhD | |
---|---|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 15 Mei 2013 | |
Raja | Mizan Zainal Abidin Abdul Halim |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi Najib Razak |
Didahului oleh | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal Sebagai Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Beralih ke Menteri di Jabatan Perdana Menteri |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Perpaduan dan Integrasi Nasional) |
Kawasan pilihan raya | Senator |
Ketua Menteri Pulau Pinang ke-3 | |
Dalam jawatan 1990 – 11 Mac 2008 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Tun Dr Lim Chong Eu |
Digantikan oleh | Lim Guan Eng |
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 8 April 2007 – 26 Oktober 2013 | |
Didahului oleh | Tun Dr. Lim Keng Yaik |
Digantikan oleh | Datuk Seri Mah Siew Keong |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1949-08-26) 26 Ogos 1949 (umur 74) Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | (BN)- Gerakan |
Pasangan | Puan Sri Chui Kah Peng |
Anak-anak | 1 anak lelaki 1 anak perempuan |
Tutup
Beliau merupakan bekas Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, anggota parti gabungan, Barisan Nasional selepas lebih setahun menjadi pemangku presiden parti itu.[1]