InuYasha
From Wikipedia, the free encyclopedia
InuYasha (犬夜叉code: ja is deprecated ), ( judul penuh dalam bahasa Jepun Sengoku Otogi Zōshi InuYasha, 戦国お伽草子ー犬夜叉code: ja is deprecated ), ataupun dalam bahasa Malaysia, InuYasha, Kisah Dongeng Feudal merupakan judul manga ataupun anime Jepun berbentuk shōnen, pengembaraan romantis dan komedi yang merupakan karya Rumiko Takahashi. Kisahnya mengenai pengembaraan seorang gadis yang sedang belajar di sekolah tinggi era moden, Kagome Higurashi, seorang gadis yang boleh merentasi zaman silam melalui perigi misteri di rumahnya. Kagome ialah kelahiran semula, bagi Kikyo dan oleh sebab itu Kagome mempunyai kuasa istimewa. Kagome telah ditakdirkan bertemu dengan Inuyasha di zaman silam dan menggembara bersama-sama untuk mengumpulkan serpihan Shikon No Tama (Permata Shikon).
InuYasha | |
Genre | Pengembaraan, Komedi, Drama, Fantasi, Sejarah, Romantik, Shōnen |
---|---|
Diciptakan oleh | Rumiko Takahashi |
Manga | |
Pengarang | Rumiko Takahashi |
Penerbit | Shogakukan |
Penerbit Lain | VIZ Media
Editora JBC
Aruts Hayeladim |
Majalah Asal | Weekly Shōnen Sunday |
Tarikh Pengeluaran | 13 November 1996 – 18 Jun 2008 |
Jilid | 156 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Masashi Ikeda (1-44) Yasunao Aoki (44 - 167) |
Studio | Sunrise |
Penyiaran Asal | Cartoon Network Animax, Nippon TV Animax
NTV7, TV9 |
Tarikh tayangan | 16 Oktober 2000 – 13 September 2004 |
Episod | 1167 |
Siri televisyen anime | |
InuYasha: The Final Act (Akta Akhir) | |
Pengarah | Yasunao Aoki |
Skrip/Penulis | Katsuyuki Sumisawa |
Studio | Sunrise |
Penyiaran Asal | Yomiuri TV, Nippon TV Animax |
Tarikh tayangan | 3 Oktober 2009 – 29 Mac 2010 |
Episod | 1~26 |
Senarai Filem | |
| |
Portal Anime dan Manga |
Terdapat 167 episod anime ini telah dihasilkan oleh Sunrise Inc. yang mulanya disiarkan di Nippon TV di Jepun sejak 16 Oktober 2000 hingga 13 September 2004. Biarpun episod terakhirnya mencecah 167 episod, namun siri anime ini tergantung dan tiada penyelesaiannya. Maka siri baru, iaitu Inuyasha Kanketsuhen (犬夜叉完結編, InuYasha Akta Akhir)[1] sebanyak 26 episod telah dihasilkan untuk mencari penamat kepada jalan keseluruhan cerita. Terdapat manga, filem serta permainan turut dihasilkan. Siri anime ini pernah disiarkan di Malaysia menerusi saluran Ntv7, hanya selama setahun dan juga di TV9 selama beberapa bulan.
Siri ini dinamakan berasaskan watak utamanya, InuYasha. Nama "InuYasha" bermaksud "syaitan anjing". Inu (犬code: ja is deprecated ) dalam bahasa Jepun bermaksud "anjing". Yasha (夜叉code: ja is deprecated ) pula merupakan istilah berkaitan agama Buddha yang merujuk kepada pahlawan syaitan.