Batuan Liancourt
kumpulan pulau kecil di Laut Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Batu Liancourt (bahasa Inggeris: Liancourt Rockscode: en is deprecated , Korea: 독도code: ko is deprecated , Hanja: 獨島 (Dokdo), Jepun: 竹島code: ja is deprecated (Takeshima)) ialah sekumpulan pulau kecil di Laut Jepun di 37°14′30″N, 131°52′″E. Kepulauan ini terletak di bawah pentadbiran Korea Selatan sejak Perang Dunia II, tetapi juga dituntut oleh Jepun[1].
Pulau dipertikaikan Nama-nama lain: Dokdo, Takeshima | |
---|---|
Kedudukan Batu Liancourt di Laut Jepun (Laut Timur) yang berada di antara Korea Selatan dan Jepun. | |
Geografi | |
Lokasi | Laut Jepun (Laut Timur) |
Koordinat | 37°14′30″N 131°52′0″E |
Jumlah pulau | 90 (37 daratan kekal) |
Pulau utama | Islet Timur, Islet Barat |
Luas | 0.18745 kilometer persegi (46.32 ekar) Islet Timur: 0.0733 kilometer persegi (18.1 ekar) Islet Barat: 0.08864 kilometer persegi (21.90 ekar) |
Tempat tertinggi | Lokasi tidak bernama di Islet Barat 169 meter (554 ka) |
Ditadbir oleh | |
Korea Selatan | |
Daerah | Ulleung, Gyeongsang Utara |
Dituntut oleh | |
Jepun | |
Bandar | Okinoshima, Shimane |
Korea Selatan | |
Daerah | Ulleung, Gyeongsang Utara |
Demografi | |
Populasi | 2 + 43 kakitangan sokongan (bergilir) |
Kumpulan etnik | Korea |
Kepulauan ini dikenali sebagai Dokdo (atau Tokto) (독도/獨島, secara harfiah pulau bersendirian) dalam bahasa Korea dan sebagai Takeshima (竹島code: ja is deprecated ) (secara harfiah Pulau buluh) dalam bahasa Jepun. Nama lainnya Batu Liancourt diperolehi dari Le Liancourt, nama kapal pemburuan paus Perancis yang anak kapalnya merupakan orang Eropah pertama menemui dan mencartakan pulau-pulau kecil itu pada 1849.
Batuan Liancourt terdiri daripada dua buah pulau kecil dan 35 batuan kecil , dengan luas permukaan keseluruhan sebanyak 0.18745 kilometer persegi(46.32 ekar), dengan ketinggian puncak tertinggi iaitu 169 meter (554 kaki) dari aras laut, dimana tidak dinyatakan secara spesifik koordinatnya, yang terletak di timur batuan tersebut.
Batuan Liancourt terletak di kawasan menangkap ikan yang banyak dan dikatakan mungkin mempunyai banyak simpanan petroleum.