Ananda Krishnan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tatparanandam Ananda Krishnan (Tamil: த. ஆனந்தகிருஷ்ணன்; lahir 1 April 1938) merupakan usahawan yang terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.
Ananda Krishnan | |
---|---|
த. ஆனந்தகிருஷ்ணன் | |
Kelahiran | Tatparanandam Ananda a/l Krishnan (1938-04-01) 1 April 1938 (umur 86) |
Pekerjaan | Pemilik tunggal Pacific States Investment Ltd. Pengerusi Usaha Tegas Sdn. Bhd. |
Nilai bersih | ▲ $9.6 bilion (2011)[1] |
Parti politik | |
Anak-anak | 3 |
Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia. Kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.[2][3][4]