Holosen ialah nama untuk epok geologi pada masa ini. Ia bermula kira-kira 11,700 tahun dahulu. Ia mengikuti Tempoh Glasier Terakhir, yang berakhir dengan pengunduran glasier Holosen. Epok Holosen dan epok sebelumnya iaitu epok Pleistosen bersama-sama membentuk tempoh Kuaterner. Holosen telah dikenal pasti dengan tempoh hangat pada masa kini yang dikenali sebagai MIS 1. Ia dianggap oleh sesetengah pakar geologi sebagai zaman antara glasier dalam Epok Pleistosen, yang dikenali sebagai zaman antara glasier Flandria.