Map Graph

Telipok

Telipok merupakan sebuah pekan yang terletak kira-kira 15 kilometer ke utara bandar Kota Kinabalu, Pantai Barat Sabah, Malaysia. Pekan ini terletak dibawah pengelolaan dan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan merupakan sub-daerah di bandar Kota Kinabalu. Ia juga merupakan sebahagian kepada rancangan pembangunan bandar Kota Kinabalu atau sebahagian kepada kawasan metropolitan iaitu terletak berhampiran Taman Industri Kota Kinabalu, dan terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Menggatal, Sepanggar, dan Tuaran juga di negeri Sabah, Malaysia. Kampung yang terdekat dengan pekan Telipok ialah Kampung Maruah Sumagid dan juga Kampung Masjid. Majoriti penduduk sekitar kawasan Telipok ialah berbangsa Dusun, Sino, Cina, Bajau, Bugis, dan Suluk.

Read article
Fail:Telipok_Sabah_RiaPark-01.jpgFail:East_Malaysia_location_map.svgFail:Telipok_Sabah_OldShophouse-01.jpg