Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Lapangan Terbang di Bayan Lepas dan Pulau Pinang, MalaysiaLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Pulau Pinang. lapangan terbang tersebut terletak di Bayan Lepas, iaitu 16 km dari George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Bagi menampung jumlah penumpang yang kian meningkat, Malaysia Airport akan membelanjakan kira-kira RM36 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini termasuk membina satu tempat meletak pesawat dan 32 kaunter pendaftaran baru yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2008. Pada tahun lepas, LTAPP mengendalikan 3.1 juta penumpang.Kini LTAPP menjadi hub bagi syarikat penerbangan tambang murah FireFly bermula April 2007.