From Wikipedia, the free encyclopedia
Zion (Ibrani: צִיּוֹן Ṣīyyōn, LXX Σιών , juga diterjemah dengan ejaan pelbagai seperti Sion,[1] Tzion, Tsion, Tsiyyon)[2] ialah sebuah nama tempat dalam Alkitab Ibrani, sering digunakan sebagai seerti dengan Jerusalem atau Baitulmaqdis[3][4] juga Tanah Israel secara keseluruhan.
Nama ini ditemui dalam 2 Samuel (2 Sam 5:7), salah satu kitab dalam Alkitab Ibrani bertarikh sebelum atau hampir pertengahan abad ke-6 SM. Ia pada asalnya merujuk kepada sebuah bukit di Baitulmaqdis, Bukit Zion, yang terletak di selatan Bukit Moriah (Bukit Kuil). Menurut penceritaan dalam 2 Samuel 5, Bukit Zion mempunyai kubu Jebus, nama tempat yang sama yang ditawan David dan kemudian dinamakan dengan Kota David. Bukit itu secara khusus ialah satu daripada banyak bukit dari Baitulmaqdis.
Istilah Tzion datang untuk menandakan kawasan Baitulmaqdis Daud di mana kubu Jebus didirikan Jebus, dan digunakan sebagai penggunaan umum bagi keseluruhan bandar Baitulmaqdis; dan kemudiannya, bila Kuil Sulaiman didirikan di atas Bukit Moriah (yang mana, sebagai hasilnya, ia dinamakan sebagai Bukit Kuil), takrif istilah Tzion menjadi lebih luas dengan merangkumi penambahan Kuil itu sendiri, bukit di mana Kuil didirikan, keseluruhan bandar, keseluruhan Tanah Israel, dan "Dunia akan datang", yang dalam kefahaman Yahudi sebagai hari selepas kiamat.
Dalam trilogi filem The Matrix, "Zion" adalah kota bawah tanah di mana para manusia yang bebas berlindung dan menjalani kehidupan sehari-harian.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.