From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapten (B) Datuk Zahar Ibrahim ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) selama 26 tahun sebelum menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 24 Disember 2008[1]. Beliau pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Lindungan (1990-1995) dan Taman Medan (1995-1999) mewakili BN-UMNO.
Kapten (Bersara) Datuk Zahar Ibrahim | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Taman Medan | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Norkhaila Jamaluddin |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Lindungan | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Mazlan Harun |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubar |
Butiran peribadi | |
Meninggal dunia | 19 Mac 2021 |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (Bermula 24 Disember 2008) UMNO (1981-2008) |
Pasangan | Datin Maryam Salim |
Kediaman | Petaling Jaya, Selangor |
Pada 1981, Zahar menyertai UMNO cawangan Subang Jaya dan dilantik menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang Jaya merangkap Bendahari UMNO Bahagian Puchong tahun 1982–1987. Pada 1994–1999 beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Ekoran persempadanan semula bahagian pilihan raya pada tahun 1999, beliau memimpin UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sehingga keahliannya digantung oleh Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.[1][2].
Pada 24 Disember 2008, Zahar Hashim telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia dalam satu majlis di Hotel Ampang, Selangor. Beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Turut sama keluar parti ialah 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian Petaling Jaya Selatan. Rentetan itu, beliau turut berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, yang berlangsung pada 6-17 Januari 2009[1]. Pejabat UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan juga ditutup dan akan igunakan untuk kegiatan PAS.[3]
Zahar Ibrahim pernah mengkritik Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Najib Tun Razak berhubung penyalahgunaan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dakwaannya, Abdullah menyatakan kesediaannya menyerahkan tugasnya kepada Najib pada pertengahan 2010. Tawaran jawatan Abdullah kepada timbalannya dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang, merupakan sejenis "rasuah politik peringkat tertinggi."[4]
Akibatnya beliau digantung jawatan ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan selama 3 tahun oleh Majlis Tertinggi UMNO mulai 3 Disember 2008. Baginya pemimpin tertinggi UMNO tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu. Dalam masa yang sama, Majlis Tertinggi UMNO turut memecat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim[2].
Zahar Ibrahim mendedahkan surat kontroversinya kepada Timbalan Perdana Menteri Najib Razak berhubung isu pembelian helikopter oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Kementerian bersetuju membeli helikopter Eurocopter Cougar EC-725 menggantikan helikopter Nuri, setelah prestasi pesawat itu mendapat rungutan ramai pihak. Zahar melalui syarikatnya, Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan prosedur pembelian yang dikatakan tidak profesional[5].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.