Yekaterinburg

From Wikipedia, the free encyclopedia

Yekaterinburgmap
Remove ads

Yekaterinburg (Rusia: Екатеринбу́рг, juga dirumikan sebagai Ekaterinburg), dulunya Sverdlovsk (Свердло́вск) ialah bandar utama di bahagian tengah Rusia. Ia merupakan pusat pentadbiran Wilayah Sverdlovsk. Bandar ini terletak di bahagian timur banjaran gunung Ural dan merupakan pusat utama industri dan kebudayaan Daerah Persekutuan Urals. Penduduknya berjumlah 1,293,537 (bancian tahun 2002); menjadikannya bandar kelima terbesar Rusia. Di antara tahun 1924 dan 1991, bandar ini dikenali sebagai Sverdlovsk sempena pemimpin Bolshevik Yakov Sverdlov.

Fakta Segera Екатеринбург, Negara ...
Remove ads
Remove ads

Sejarah

Bandar ini didirikan pada tahun 1723 oleh Vasily Tatischev dan Georg Wilhelm de Gennin dan diberi nama Yekaterina sempena nama isteri Tsar Peter Agung, Yekaterina I. Kota ini secara rasminya didirikan pada 18 November 1723, dan diberi status kota pada tahun 1796.

Setelah kejadian Revolusi Rusia, Tsar Nikolai II bersama isterinya, Alexandra dan putera-puterinya Olga, Tatiana, Maria, Anastasia, dan Tsarevich Alexei dibunuh di kota ini oleh golongan Bolshevik di Gedung Ipatiev pada 7 Julai 1918. Anggota keluarga Romanov lainnya dibunuh di Alapayevsk pada hari berikutnya. Pada tahun 1977, Gedung Ipatiev dirobohkan atas perintah Boris Yeltsin untuk mencegah gedung ini dijadikan lokasi demonstrasi oleh kalangan penyokong monarki. Yeltsin kemudian menjadi Presiden Rusia pertama, dan hadir sebagai wakil rakyat di pemakaman Tsar pada tahun 1998.[11]

Remove ads

Pendidikan

Yekaterinburg diiktiraf sebagai salah satu pusat-pusat pendidikan dan penyelidikan utama negara, serta ketua dalam bidang penyelidikan di kawasan Ural.[12] Universiti pertama Yekaterinburg ialah Universiti Perlombongan Negara Ural yang ditubuhkan pada 16 Julai 1914. Pada 16 Oktober 1920, Universiti Negara Ural A. M. Gorky pula ditubuhkan berdasarkan dekri pihak pemerintahan Vladimir Lenin. Universiti ini digabungkan dengan Universiti Teknikal Negara Ural pada Mei 2011 lalu membentuk Universiti Persekutuan Ural yang kini merupakan salah satu universiti-universiti utama Rusia.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads