From Wikipedia, the free encyclopedia
Yazid bin Muawiyah atau Yazid I (645-683) ialah khalifah kedua Kerajaan Bani Umaiyah menggantikan ayahandanya Muawiyah I. Yazid meninggal dunia secara mengejut pada tahun 683 selepas hanya tiga tahun memerintah.
| |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah kedua Kerajaan Bani Umaiyah | |||||
Pemerintahan | April 680 – 11 November 683 | ||||
Didahului oleh | Muawiyah I | ||||
Diikuti oleh | Muawiyah II | ||||
Keputeraan | s. 646 Syria | ||||
Kemangkatan | 11 November 683 (umur s. 37) Huwwarin, Syria | ||||
Pasangan |
| ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Kerabat | Sufyaniah | ||||
Wangsa | Umaiyah | ||||
Ayahanda | Muawiyah I | ||||
Bonda | Maysun binti Bahdal | ||||
Agama | Islam |
Yazid telah dilahirkan di Syria kemungkinan dalam tahun 642 M hingga 649 M. Ketika itu ayahnya, Muawiyah merupakan gabenor Syria di bawah khalifah Uthman. Semasa pemerintahan ayahnya pula, Yazid telah mengetuai beberapa serangan ke atas Empayar Byzantium, termasuk serangan ke atas Konstantinople.
Muawiyah telah memutuskan penggantinya ialah anaknya sendiri iaitu Yazid selepas mendapat persetujuan dari seluruh bandar taklukan kerajaan Islam dan berbincang dengan para sahabat Rasulullah seperti Abdullah ibn Abbas , Abdullah ibn Umar dan isteri Rasulullah, Aisyah serta disokong oleh Muhammad bin Ali.[1] Pemilihan ini dilakukan bagi mengelakkan masalah perlantikan khalifah yang mungkin timbul selepas kematian Muawiyah. Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada Abdullah ibn Zubair dan Husain bin Ali serta segelintir penduduk Madinah.[2] Namun penentangan ini hanya berlaku selepas Muawiyah meninggal dunia.
Muawiyah meninggal dunia pada tahun 680 dan digantikan anaknya, Yazid yang berusia 34 tahun. Pada awal pemerintahannya, berlaku pelbagai kekecohan termasuklah peristiwa pembunuhan Husain oleh Ubaidillah bin Ziyad. Husain telah dikepung dan diserang oleh penduduk Kufah dan tentera yang dipimpin Ubaidillah di Karbala. Selepas mendapat berita tentang pembunuhan itu, Yazid berasa sedih kerana tentera itu telah melanggar arahannya iaitu melarang mereka daripada menyerang sesiapa tanpa sebab.
Selepas kematian Husain, pemberontakan telah tercetus di Mekah dan Madinah. Sepasukan tentera telah dihantar bagi menyerang Madinah. Setelah pemberontakan di Madinah dihentikan, tentera itu bergerak pula ke Mekah lalu mengepungnya. Yazid telah meninggal dunia ketika peristiwa pengepungan itu dan digantikan oleh anaknya, Muawiyah.[3]
Pada tahun 683, Yazid telah menghantar pasukan tentera yang diketuai Uqbah bin Nafi' ke Afrika Utara. Terdapat juga pasukan lain dihantar ke Transoxiana dan diketuai Salm bin Ziyad.[4]
Yazid walaupun mencetuskan banyak kontroversi dan penentangan, Yazid semasa pemerintahannya banyak memperbaharui sistem pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau juga meneruskan kebanyakan polisi ayahnya. Beliau juga meningkatkan sistem pengairan pertanian di gurun sekitar Damsyik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.