Pemain bola sepak Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Yasuhito Endo (遠藤 保仁 , Endō Yasuhito, lahir 28 Januari 1980 di Kagoshima City, Wilayah Kagoshima) merupakan pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk kelab Liga J., Gamba Osaka.[4] Abangnya Akihiro, yang bersara pada tahun 2008, merupakan bekas pemain bola sepak professional, dan merupakan salah seorang pemain Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Jepun semasa Olimpik 1996. Beliau dianggap sebagai wira Gamba Osaka dan pasukan kebangsan Jepun kerana keupayaan hantaran bola, kepimpinan dan keupayaan menjaringkan gol. Beliau juga dikenali kerana ketepatan sepakan percuma. Beliau dihormati sebagai salah satu pemain tengah paling kreatif Jepun dan juga sebagai salah satu pemain bola sepak paling berbakat Jepun dalam generasinya, walaupun hanya bermain di liga domestik.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Yasuhito Endo[1] | ||
Tarikh lahir | 28 Januari 1980 | ||
Tempat lahir |
Bandar Kagoshima, Wilayah Kagoshima, Jepun | ||
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Gamba Osaka | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–1997 | Sekolah Tinggi Kagoshima Jitsugyo | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1998–1999 | Yokohama Flügels | 16 | (1) |
1999–2001 | Kyoto Purple Sanga | 53 | (9) |
2001– | Gamba Osaka | 447 | (93) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1998–1999 | Japan B-20 | 11 | (1) |
1999 | Japan B-23 | 7 | (0) |
2002–2015[3] | Jepun | 152 | (15) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 Disember 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Januari 2015 |
Pada tahun 2011, beliau menjadi pemain pertama Liga J. untuk dinamakan dalama Sebelas Terbaik Liga J. 9 kali. Pada tahun 2009, beliau dinamakan Pemain Terbaik Tahunan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia.[5]
Pada tahun 2012, beliau melanjutkan rekodnya dan menjadi pemain Jepun pertama untuk dipilih sebagai Sebelas Terbaik Liga J. sepuluh kali berturut-turut di posisi tengah.[6]
Endō bermain ketika Piala Dunia Remaja FIFA 1999 dan Jepun mendapat tempat kedua, tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir. Sejak tahun 2002, Endō telah menjadi ahli pasukan senior kebangsaan, dan telah dipilih untuk skuad Jepun semasa Piala Dunia 2006 dan 2010.[7] Pada 24 Jun 2010, Endō menjaringkan gol sepakan percuma ketika menentang Denmark membolehkan Jepun menang 3–1 dan layak ke pusingan kedua Piala Dunia.[8] Pada 12 Oktober 2010, beliau menjadi pemain keempat untuk mendapat kap antarabangsa penuh ke-100 untuk Jepun ketika perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan. Pada 16 Oktober 2012, Endo menjadi pemain Jepun dengan kap terbanyak ketika perlawanan persahabatan menentang Brazil.[9] Perlawanan ini merupakan penampilan ke 123 nya untuk pasukan kebangsaan, mengatasi rekod Masami Ihara yang mempunyai 122 kap.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.