From Wikipedia, the free encyclopedia
Biro Rekabentuk A.S. Yakovlev (singkatan pejabat rekabentuk Yak) merupakan pereka dan pengeluar pesawat di Rusia. Ia telah ditubuhkan pada 1934 oleh Alexander Sergeevich Yakovlev sebagai OKB-115 (Yakovlev memiliki kilang pengeluarannya sendiri di kemudahan №115), akan tetapi hari lahirnya dianggap pada 12 Mei 1927, hari di mana penebangan sulung pesawat AIR-1 yang dibangunkan oleh Jabatan Pesawat Ringan GUAP (Ketua Agensi Industri Penerbangan) di bawah pengawasan A.S. Yakovlev.
Nama asli | ОКБ имени Яковлева |
---|---|
Dinamakan sempena | Alexandr Yakovlev |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan |
Industri | Aeroangkasa dan pertahanan |
Ditubuhkan | 1934 |
Pengasas | Alexandr Yakovlev |
Ibu pejabat | Moscow , Rusia |
Tokoh penting | Alexander Sergeevich Yakovlev |
Keluaran | Pesawat tentera |
Pemilik | IRKUT Corporation |
Syarikat induk | United Aircraft Corporation |
Tapak web | Yakolev |
sunting · sunting di Wikidata |
Semasa Perang Dunia II, Yakovlev telah mereka dan mengeluarkan designed barisan pesawat-pesawat pejuang yang terkenal.
Yakovlev telah bergabung dengan Kilang Penerbangan Smolensk pada Mac 1992 dan menjadi Syarikat Penerbangan Yak, walau bagaimanapun dua syarikat ini masih diuruskan secara berasingan. Ia kemudian diswastakan dan menjadi Perbadanan Pesawat Yak. Kerajaan Rusia merancang untuk menggabungkan syarikat ini dengan Mikoyan, Ilyushin, Irkut, Sukhoi dan Tupolev sebagai syarikat baru bernama United Aircraft Building Corporation.[1]
Syarikat ini merupakan pereka bagi pesawat dron pengawasan Pchela (Rusia: Пчела , "lebah") dan dipercayai merupakan pesawat pejuang berenjin jet yang paling berjaya semasa selepas era Perang Dunia II.
Nama Yakovlev biasanya digunakan di negara-negara Barat, tetapi di Rusia namanya diringkaskan sebagai Yak (Rusia: Як ) sebagai sebahagian daripada nama pesawat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.